Friday, October 28, 2011

tanggungjawab #2

hari tu hari amek result trial spm kakcik. gua tak ingat bila. tapi hari jumaat. lepas semayang jumaat, lepas gua main snooker dengan opismate gua, terus gua shoot sekolah kakcik. sapa-sapa yang pernah masuk tempat snooker, baju boleh bau rokok yang amat kuat. sumpah gua tak tipu. kalau tak percaya, sila masuk.

nak dijadikan cerita..

gua: assalamualaikum cikgu. gua nak amek result trial adik gua.

cikgu: waalaikumussalam. result adik lu ok. 4A. tapi 3 subjek fail.

gua: ooo eh? ok la tu.

cikgu: lu dah kawin?

gua: errkk..gua muda lagi kot. perjalanan hidup gua masih panjang. keh3.

cikgu: ooo..dah kerja?

gua: dah. ni baru balik opis la ni.

cikgu: lu kerja apa?

gua: biasa-biasa je. kerja makan gaji. cukup la nak hidup sorang-sorang.

gua dah tak senang duduk. asal gua yang kena interview? rupa gua ni macam tak boleh harap ke? gua syak cikgu tu nak pastikan yang kakcik dijaga dengan baik oleh penjaga yang baik dan soleh. gua rasa la. gua dah panas punggung.

gua: takpela cikgu. gua mintak diri dulu eh.

*****

"ok la tu 4A. trial abang dulu 3A je. fail pun 4 ketul. boleh je berjaya. apa ada hal." gua sempat sound kakcik kat sebelah gua sebelum gua blah. harap-harap cikgu kakcik tak dengar. kalau tak siapa nak jadi penjaga kakcik lepas ni?

Tuesday, October 18, 2011

suatu petang yang hening...

boss: jam lu berapa rat?

gua: murah je bos. 6 rat lebih.asal lu tanya?

boss: serius 6 rat lebih? lu tau gua punya jam berapa?

gua: tengok brand jam lu, gua agak-agak dalam seribu lebih. yedak?

boss: pandai! tapi asal jam lu nampak mahal?? eh syal laa. pui!

*****

boss: asal henpon lu boleh bukak fesbuk durjana?

gua: wifi kan ada. takkan henpon lu takde wifi?

boss: henpon apa paling canggih sekarang?? sekarang gak gua mau angkat!

gua: s2. tapi dalam 2 ribu lebih. lu tak kisah ke?

boss: jom pegi low yat! sekarang!

*****

gua: bos, setakat s2 lu tak fikir panjang pun. mesti lu banyak duit kan?

boss: pehal lu tanya?

gua: pinjam duit sikit. rm****. amacam? ada bran? (nilai yang gua mintak ni,kalau mintak dengan member-member, konpem putus sahabat! sumpah gua tak tipu!)

boss: lu serius? bagi no akaun lu. sekarang gak gua bank in. tapi bayar balik!


*****




p/s: kurang 2 bulan nak cukup 5 tahun. so, 4 tahun 10 bulan. sekarang tinggal lagi 3 tahun 7 bulan. ada tak tiket flight yang gua boleh book 3 years in advance?