Showing posts with label sukasuka. Show all posts
Showing posts with label sukasuka. Show all posts

Friday, November 25, 2011

ucapan untuk lu.

ada orang cakap lu pelik.

ada orang cakap lu sombong.

ada orang cakap lu lampi.

tapi...

tapi...

tapi...

ada gua kisah??


SELAMAT HARI LAHIR AWAK! :)


nak hadiah? balik tahun depan!



love,
en.wonderwall.

Saturday, November 5, 2011

daging sup masak pedas dengan budu.

tadi, umi gua mesej, "esok kakcik nak masak apa?"
 
"masak apa? kitorang makan jela apa ada. apa ada hal." 

*****

nasib baik adik-adik gua ada kat rumah sekarang. 
kalau tak, memang gua dah tido sampai lusa.
raya?
dah biasa.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



p/s: semayang raya biasa pukul lapan ke lapan setengah eh? gua dah konpius.


Friday, October 28, 2011

tanggungjawab #2

hari tu hari amek result trial spm kakcik. gua tak ingat bila. tapi hari jumaat. lepas semayang jumaat, lepas gua main snooker dengan opismate gua, terus gua shoot sekolah kakcik. sapa-sapa yang pernah masuk tempat snooker, baju boleh bau rokok yang amat kuat. sumpah gua tak tipu. kalau tak percaya, sila masuk.

nak dijadikan cerita..

gua: assalamualaikum cikgu. gua nak amek result trial adik gua.

cikgu: waalaikumussalam. result adik lu ok. 4A. tapi 3 subjek fail.

gua: ooo eh? ok la tu.

cikgu: lu dah kawin?

gua: errkk..gua muda lagi kot. perjalanan hidup gua masih panjang. keh3.

cikgu: ooo..dah kerja?

gua: dah. ni baru balik opis la ni.

cikgu: lu kerja apa?

gua: biasa-biasa je. kerja makan gaji. cukup la nak hidup sorang-sorang.

gua dah tak senang duduk. asal gua yang kena interview? rupa gua ni macam tak boleh harap ke? gua syak cikgu tu nak pastikan yang kakcik dijaga dengan baik oleh penjaga yang baik dan soleh. gua rasa la. gua dah panas punggung.

gua: takpela cikgu. gua mintak diri dulu eh.

*****

"ok la tu 4A. trial abang dulu 3A je. fail pun 4 ketul. boleh je berjaya. apa ada hal." gua sempat sound kakcik kat sebelah gua sebelum gua blah. harap-harap cikgu kakcik tak dengar. kalau tak siapa nak jadi penjaga kakcik lepas ni?

Tuesday, October 18, 2011

suatu petang yang hening...

boss: jam lu berapa rat?

gua: murah je bos. 6 rat lebih.asal lu tanya?

boss: serius 6 rat lebih? lu tau gua punya jam berapa?

gua: tengok brand jam lu, gua agak-agak dalam seribu lebih. yedak?

boss: pandai! tapi asal jam lu nampak mahal?? eh syal laa. pui!

*****

boss: asal henpon lu boleh bukak fesbuk durjana?

gua: wifi kan ada. takkan henpon lu takde wifi?

boss: henpon apa paling canggih sekarang?? sekarang gak gua mau angkat!

gua: s2. tapi dalam 2 ribu lebih. lu tak kisah ke?

boss: jom pegi low yat! sekarang!

*****

gua: bos, setakat s2 lu tak fikir panjang pun. mesti lu banyak duit kan?

boss: pehal lu tanya?

gua: pinjam duit sikit. rm****. amacam? ada bran? (nilai yang gua mintak ni,kalau mintak dengan member-member, konpem putus sahabat! sumpah gua tak tipu!)

boss: lu serius? bagi no akaun lu. sekarang gak gua bank in. tapi bayar balik!


*****




p/s: kurang 2 bulan nak cukup 5 tahun. so, 4 tahun 10 bulan. sekarang tinggal lagi 3 tahun 7 bulan. ada tak tiket flight yang gua boleh book 3 years in advance?

Thursday, August 11, 2011

colours of life!

tetettt..tetettt...

"salam. sukacita dimaklumkan PIBG SM Ibn Khaldun menganjurkan 
program berbuka puasa pada 14/8/11 di dewan terbuka SMIK. 
tuan-puan dikehendaki membawa makanan (bihun goreng)."

sms Hj Bahari pukul 8 pagi tadi.

*****

so, dengan rasminya minggu depan gua ada 2 jemputan berbuka puasa.
satu kat sekolah menengah setia budi, gombak.
satu kat sekolah menengah ibn khaldun, shah alam.
yang kat gombak konpem gua pegi sebab gua bawa diri je.
yang menjadi masalah, buka puasa kat shah alam.
celah mana gua nak cari bihun goreng??
takkan gua kena masak??

baik gua buat berbuka kat rumah je bihun goreng tu.
boleh gak jimat duit minyak.
yedak?


p/s: siapa cakap jadi abang tak seronok? dapat makan free kot!


*****


"esok saya balik! esok nak bukak 'mekdi' boleh? *wink2 :D"

p/s: ni satu hal. sms kakcik gua ni macam mana pulak gua nak handle? 

Monday, August 8, 2011

kantoi rokok #1

jam menunjukkan pukul 4:30 petang. masa ni gua tengah layan Pro Evolution Soccer 6 ngan Afiq, adik gua. tengah sedap gua membelasah beliau, Haji Bahari bersuara dari luar bilik.

"kabel usb kamera ni lu letak mana?"

"ada dalam laci almari baju gua", balas gua selamba tanpa memikirkan masa depan.

lebih kurang 5 minit, Hj Bahari bersuara lagi.

"ni rokok sapa?"

perghhh! macam mana gua nak jawab ni. tak pernah Hj Bahari tanya gua soalan killer macam ni. takkan gua nak balas,"Afiq isap rokok eh?". mau makan kaki saiz 7 gua petang tu. gua tergamam. gua lepaskan controller sambil membiarkan adik gua kejar balik gua punya skor. kepala ligat mencari jawapan. muka gua biarkan mengadap PC, kononnya khusyuk main game.

"rokok apa?"

"rokok dalam laci ni. rokok putih merah (masa tu L&M menjadi santapan)".

"rokok......gua".

tulang belakang gua dah standby nak mamah tumit kaki Haji Bahari. gua kuatkan semangat. suasana sunyi 10 minit. jantung gua tunggu masa nak tercabut. adik gua hilang secara tiba-tiba dari pandangan. kalo tak boleh gak gua cari modal alih topik. gua tunggu respon Hj Bahari.

"janganlah hisap rokok...bahaya." sound Hj Bahari lembut dan terus blah dari bilik gua.

*****

p/s: amacam? Hj Bahari memang cool kan?

Monday, August 1, 2011

gua sayang incik boss!

1 Ramadhan @ 3 petang:

gua: huargghhh! mengantuk gila!

boss: lu puasa eh harini? biasa lu orang tido pukul berapa? bangun sahur pukul berapa?

gua: lagi mau tanya? pukul 12. kadang-kadang pukul 1. kalau sahur biasa pukul 4. kadang-kadang terlajak sampai pukul 5. pehal lu tanya?

boss: pehh. boleh tahan. lu mesti letih gila babi kan?

gua: lu rasa? lu try la buat macam gua. seharian lu tak makan, tak minum. ada bran?

boss: lu gila? tengok muka lu pun gua dah tau. (cilaka. nak bagitau muka gua tak hensem la tu.)

gua: tau pun. sebab tu gua tak produktif hari ni. sekarang ni pun gua dah tak boleh nak fikir apa-apa. otak gua dah kosong.

boss: takpela. kalau lu rasa tak larat sangat, lu rehat la dulu. lu nak tido pun takpe. gua takdehal. 

gua: gua tido dulu boss!

*****

walaupun boss gua india mari, tanah besar punya india, macam mana gua tak sayang boss gua?


p/s: perbualan kami dalam bahasa omputeh tinggi. gua translate mana tau ada yang tak paham.

Sunday, June 26, 2011

gua nak letak video awek gua boleh?

aaaahhh!
semua orang nak citer pasal awek, gua pun nak jugak.
lu orang menyampah? 
pegi laa mampos.



btw, gua bahagia dengan awek baru gua sekarang.
terima kasih Allah.
25/6/2011.
tarikh keramat kami.

kepada awek lama yang masih setia dengan gua, gua tetap sayang lu.

true love.


tanggungjawab.

semalam gua pegi sekolah adik gua yang Form 5 dekat Gombak.gua pegi untuk amik result adik gua.kenapa gua yang pegi? jangan tanya.malas gua nak cerita panjang.lagipun gua kan abang yang baik.

lepas gua register nama sebagai penjaga, gua masuk dewan jumpa cikgu kelas.

"gua nak amik result untuk adik gua."

"ni result adik encik untuk exam midterm."

boleh tahan gak result adik gua ni..3A.ok apa? gua time sekolah dulu nak dapat 3A bukan main susah lagi.trial gua pun 3A je.adik gua midterm dah 3A.yang 'fail' jangan cakap ar.matematik tambahan, fizik, biologi..kompem-konpem tiap kali exam gua fail.kah3!

"lu rasa result macam ni ok tak?"

"ok je.dalam kelas pun dia dapat no 8.ada peningkatan kalau nak compare dengan exam lepas."

"tengok abang laa" bisik gua dalam hati.

"adik encik belajar takde masalah.dia pandai.cuma kena usaha lebih sikit." ayat tipikal untuk jaga hati mak bapak.takkan nak cakap direct.gila?

"emm...macam mana dia dalam kelas cikgu?"

"dalam kelas dia rajin..aktif..bla bla bla.."

"emmm..dia ada tido dalam kelas tak?"

"jarang gila..bla bla.."

"emmm..dia ada ponteng kelas tak?"

"kat sini susah nak ponteng sebab duduk asrama..bla bla bla..bas datang amik..bla bla bla.."

"kalau macam tu ok la.gua balik dulu.terima kasih."

gua dah takde modal nak tanya apa.gua tanya apa yang gua pernah buat masa gua kat sekolah dulu je.kira ok la dari tak tanya langsung.yedak? nasib baik gua tak tanya adik gua 'smoking' ke tak.

p/s: ingat senang nak jadi abang?

Friday, June 17, 2011

mengigau.

" This is the documents you've requested. I have no intention to do that. Yes, I agree with you...urghhh!"

member gua bagitau ayat ni gua keluarkan pukul 4 pagi tadi masa gua tengah tido.cool kan?

p/s: sebab ni lah gua tak nak masuk opis hari sabtu.malu gua ni siapa nak tanggung??

Sunday, June 12, 2011

...

bila hati tak tenteram:

1) tak boleh tido walaupun mata gua dah barai..
2) semua makanan kat dapur gua dah telan.
3) 3 batang rokok gua dah habiskan dalam masa 20 minit.

kesimpulannya sekarang ni hati gua ada masalah.
kenapa?!
gua dah solat isyak kot!

Tuesday, May 10, 2011

masih di pejabat.

kalau gua cakap gua rindu lu, lu nak percaya tak?

baru lega.
sudah.
gua nak pulang.
selamat tinggal.

Sunday, May 1, 2011

normal seorang lelaki.

semalam gua bangun pukul 2 petang.sebab apa? sebab gua tido lepas subuh.gila nak gua bangung awal? sesudah gua berak, mandi, solat, mama gua suruh gua belikan lengkuas, asam keping dengan bawang besar.nak buat nasi ayam dengan laksa katanya.oh ya, minggu ni family gua buat reunion kat PV8.semua ada.jadi ingat nak makan besar sikit.

gua pun dengan berbekalkan last note RM5 yang gua cedok dari dalam beg duit gua, terus gua menuju ke kedai runcit mamak kat bawah.gua beli barang yang mama gua pesan secepat mungkin.gua dah lapar.lambat gua beli lambat gua dapat makan.

sampai je rumah terus je gua hilang selera nak makan.

*****

cibai lu mamak! berani lu tipu gua.kunyit lu cakap lengkuas.tau la gua ni lelaki.agak-agak ar nak kencing gua pun.macam mana mama gua nak buat nasi ayam dengan kunyit?

p/s: gua memang susah nak beza antara halia, lengkuas, dan kunyit.dari dulu lagi mama gua dah pesan.tapi haram gua nak ingat...

ini halia.

ini kunyit.

ini lengkuas.


LEBIH KURANG KOT!

Sunday, April 24, 2011

entri buat lu.

gua ada member.member gua ni pelik.lain macam punya pelik.sumpah pelik!

*****

beliau: orang laki suka tengok bola.tapi apa yang lu orang belajar dari sukan bola?

gua: teamwork..skill..disiplin..bla bla bla..

beliau: semua orang laki yang gua tanya jawab macam tu.lu orang tak ada jawapan lain ke? lu tau apa yang gua boleh belajar dari menatang tu?

gua: apa?

beliau: bila gua tengok bola tu bulat, gua akan ingat bumi, dunia.goal post tu ibarat penamat hidup.i mean akhirat.lu orang akan bawak dan jaga bola tu sampai goal post and then lu orang skor.means that lu orang akan jaga amalan lu orang atas muka bumi ni untuk akhirat.

gua: style!

*****

tapi gua tak kisah.pelik lu jenis pelik yang gua boleh handle lagi.keh3.

p/s: yes, men are complicated but women are more complicated.

Friday, April 8, 2011

prinsip hidup!

bila hati dah berkenan..
Lisa Surihani pun gua tak pandang..
sumpah gua tak tipu!

Thursday, March 10, 2011

penulisan orang india.

hari ni gua buat kertas kerta untuk client.company dari india.tapi baru setengah jalan gua bantai kaw-kaw punya gelak.tengok gambarajah kat bawah untuk pemahaman yang jelas.

*No. = Number.

nampak tak apa yang gua nak sampaikan? boleh tahan lawak gak orang india ni sebenarnya.

p/s: sapa tak dapat tangkap apa yang gua nak sampaikan, lampi! (ayat ni gua tujukan kat seseorang, lu paham-paham sendiri la yek)

Tuesday, March 1, 2011

siapa pakcik kordi?

ramai orang tanya gua..
sapa Pakcik Kordi?
apa kaitan dengan lu?
best sangat ke Pakcik Kordi ni sampai nama syarikat pun lu letak Kordi Enterpise?

biasanya gua akan tanya balik..lu layan UJANG tak?
kalau tak, senang je gua reply..lu beli UJANG dulu baru gua explain.

MEET THE AWESOME PAKCIK KORDI AND HIS COOL COW.


NAMA SEPERTI DALAM I/C : Pakcik Kordi.
UMUR : Sweet 53.
STATUS : Single.
HAIWAN PELIHARAAN : Lembu Beliau.
HOBI : Bermanja bersama Lembu Beliau.
PEKERJAAN : Melepak bersama Lembu Beliau.
RAKAN SEPERJUANGAN : Tok Ketua / Umar.

*****

Pakcik Kordi adalah salah satu watak dalam komik kegemaran gua..UJANG.kalau lu orang baca lawak-lawak bangang yang cuba disampaikan oleh Papan, lembu beliau serupa gampang! perangai lembu beliau macam sial.HAHAHAHA! sumpah gua suka attitude lembu beliau! nak tau attitude lembu beliau? cari sendiri dalam UJANG! malas gua nak explain panjang-panjang.

satu lagi katun yang gua suka dalam UJANG adalah katak hidung macam serombong kapal lukisan Manggis.yang gua tak boleh tahan...katak tu diberi nama Ahmad Badruzzaman! HAHAHAHA! ni mesti kes pedajal member-member sendiri.konpem-konpem si Ahmad Badruzzaman ni manjang kene bahan dengan katak-katak lain. siap boleh sesat lagi dalam lubang hidung..pefak? HAHAHAHA! (gua google kartunis Manggis tapi tak jumpe wajah katak tu..takkan gua nak google Ahmad Badzruzzaman kot.)

banyak lagi katun-katun yang gua suka dalam UJANG ni..tapi katun lembu dan katak ni yang menjadi feveret gua.

tapi sejak akhir-akhir ni..gua sedikit kecewa dengan UJANG.komik ni dah hilang seri.dah tak kelakar.dah tak lawak.ade laa selai dua yang boleh buat gua gelak.tu pun gelak amek hati.tak berbaloi beli harga sampai RM5.90.bumper edition pun sampai RM9.90.baik gua baca lawak-lawak bodoh orang hantar kat surat kaba je.baru abes RM1.50 paling mahal pun.

dan yang paling mengecewakan gua.."Pakcik Kordi dan Lembu Beliau" dan "Katak Oh Katak" dah dihapuskan dalam UJANG.mungkin kehabisan idea.so, sekarang ni memang gua jarang beli UJANG.mungkin juga koleksi komik UJANG gua akan stop kat sini je.pehh! tak ke sedih tu?

generasi sekarang sudah hilang satu nikmat dunia.

p/s: sapa-sapa yang baca lawak "Pakcik Kordi dan Lembu Beliau" tapi tak menunjukkan ekspresi muka yang menarik..sila pegi jumpa doktor.kotak ketawa anda bermasalah.

*****

PEHAL TAK BOLEH TIDO NI?? KAN GUA DAH MENGARUT.MATA TOLONG JANGAN BUAT HAL.ESOK GUA ADA HAL.GILA!

Monday, February 14, 2011

healthy lifestyle.

entri ni gua da tulis 2-3 minggu lepas.entri ini akan di update.

*****

gua seorang perokok.ada gua kisah.tapi sejak akhir-akhir ni gua tak tau sebab apa.gua macam dapat hidayah.tiba-tiba gua rasa yang gua perlu stop buat mende ni.sebab apa jangan tanya.gua rasa dah sampai masa untuk gua berubah.ini bukan ayat pancing bakal mak mertua gua.sumpah bukan!

so, dengan nekad gua angkat E-Cigarette.harga memang gua tolak tepi.rm310 beb.boleh angkat levi's ori selai.untuk pengetahuan lu orang, E-Cigarette ni adalah short form untuk Electronic Cigarette.atau dalam bahasa ibunda, rokok elektronik.gua dapat tau pasal mende alah ni sebab member gua dah pakai menatang ni.



macam mana mende ni berfungsi jangan tanya gua.malas gua nak terang.lu orang tengok sendiri gambar kat bawah ni.ape yang gua tau, mende ni tak bahaya macam rokok.asap yang lu orang nampak kuar dari mende ni adalah wap air.bahan kimia yang ada pun hanya nikotin semata-mata.tu pun dalam kuantiti yang sikit.karbon monoksida, tar, tembakau dan haram jadah yang lain memang 100% takde.


satu lagi, dari segi kewangan.kesihatan kita tolak tepi.sah-sah la rokok membawa maut.lagi mau citer.lu orang bayangkan,rokok sekotak rm10.gua berani jamin yang perokok-perokok macam gua paling lama tahan pun sehari sekotak.kalo sebulan dah rm300.setahun? rm3600! gila! baik gua buat bayar kete bulan-bulan daripada gua sedekah duit kat kerajaan.

apa yang buat gua berkenan sangat dengan mende alah ni sebab ada flavor.ikut lu orang mau flavor apa.dunhill ada.marlboro ada.mint ada.coffee ada.strawberry pun ada.ikut mood lu orang.gua biasa amik marlboro.dunhill rasa macam gampang.marlboro pun sebenarnya boleh tahan gak kegampangan dia tapi still boleh diterima peparu gua.kalau lu orang nak rilek-rilek sikit, tibai strawberry.rasa manis-manis gitu.boleh buat dessert lepas makan.

gua test rokok ni baru 2-3 ari.mula-mula tu memang susah gua nak adapt.first day,lepas makan memang gua tibai winston.kah3.tak boleh tahan beb! tapi arini gua berbangga dengan diri gua.gua tak sentuh pun winston! pergh! satu pencapaian yang agak memberangsangkan.gua rasa lepas ni memang peparu gua sayang gua gila babi.


kepada sapa-sapa berminat nak jadi macam gua,boleh klik SINI. kat sini semua detail yang lu orang nak tau ada.

p/s: doakan gua berjaya dalam misi gua kali ni.aminn.


Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya Aidiladha!

Raya Aidilfitri 2009:

malam raya aku lepak kL kat umah makcik aku sebab flight balik myanmar book last minit.malam tu aku main bunga api, mercun naga, stok mercun budak-budak kecik layan.mercun bawang sah-sah la ada. aku main dengan sorang sepupu aku ni.main sambil lepak tepi kereta sambil isap okok.amacam? cool kan? (jadahnye cool.macam butoh ade la)

time ni aku raya kt myanmar.lepas balik solat raya aku makan apa-apa yang patut.pastu layan tido.bangun tido beraya umah member-member Hj Bahari.semua aku tak kenal.semua sebaya beliau.macam mane aku nak bersosial.anak member-member beliau semua tak kecik-kecik pulak.nak mengorat memang jauh sekali.jadi aku lepak luar isap okok.usha awek myanmar.

time raya ni pulak ade sorang member aku kawin.dan budak-budak sekolah aku nak wat reunion sebab member aku study kat jepun balik malaysia. aku pulak tadah muka dekat masyarakat myanmar.steady tak raya aku?

Raya Aidiladha 2009:

famili aku kat myanmar.Hj Bahari tak dapat cuti panjang.aku? memang tak dapat la aku nak balik myanmar.aku dapat cuti kejap je kalau tak silap aku.aku lepak kL.dengan famili pakcik aku.lepas solat raya aku balik umah tido.setel raya haji aku.

Raya Aidilfitri 2010:

kali ni famili aku balik malaysia.tapi lepak kat kL jugak.taman melati.sebab? Hj Bahari tak dapat cuti panjang.macam biasa.malam raya lepak rumah tengok tv.esok jugak macam biasa solat raya.lepas tu pegi melawat sedara-mara sampai petang.sedara-mara aku kat kL tak ramai.jadi memang aku dah bajet balik rumah awal.balik umah apa lagi.tido sudaa.

Raya Aidiladha 2010:

sekarang ni malam raya, masa aku tengah tulis entri ni.lagu 'ilusi-puisi cinta' menjadi tatapan telinga aku.aku tak rasa apa-apa pun.excited tak.gembira tak.sedih pun tak.aku pun tak tau nak rasa apa sekarang.oh ye.tahun ni aku raya kat miri.Hj Bahari baru transfer kat sini.sebab kitorang raya kat sini? macam biasa.tak payah aku nak citer panjang-panjang.plan aku esok.lepas solat raya bantai tido.setel!

*****

aku rindukan raya kat kampung.bersama sedara-mara, sepupu ramai-ramai, malam raya buat macam-macam. tukar langsir umah nenek aku.susun meja kerusi.sapu karpet.cuci tingkap.bakar satay.bakar ayam.aktiviti main mercun memang tak boleh tinggal.stended kampung, bunyi mesti gempak dari kampung sebelah.tapi aku rasa macam susah nak jadi macam dulu.sebab? macam biasa.malas aku nak cerita.

raya haji pulak kalau aku raya kat selising memang aku kene kerah lapah daging korban.agih daging untuk rakyat kampung.tapi takpe.aku steady.memang aku suka.daripada tido.yedak?

kadang-kadang aku rasa macam nak jadi cikgu pun ada.hahaha.cuti pun banyak.boleh lepak dengan famili besar time-time raya.

p/s: apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua! semoga berbahagia di samping yang tersayang.

Saturday, October 23, 2010

lama sial!

pehh..dah lama gua tak update blog.dah bersawang dah blog gua.nasib baik 'beliau' pandai jaga diri.kalau tak letih gua.

gua tengah on the way nak setup bisnes tapi macam mana nak start ni...hurmmm.