Wednesday, September 12, 2012

kantoi rokok [siri II]


masa ni gua lepak rumah makcik gua dekat Gombak. esok gua kena hantar gua punya family balik mana gua tak ingat. tapi yang gua ingat gua kena hantar sampai LCCT. standard kalau menumpang rumah orang, satu family mesti satu bilik.

gua bawa satu beg dari rumah, beg kutu gua yang dihiasi dengan lencana The Beatles, Nirvana, dan macam-macam. dalam tu gua sumbat semua barang peribadi gua termasuk Dunhill 14 yang gua beli kira-kira 2 hari lepas. kebetulan dalam kotak Dunhill ada sebatang lagi rokok yang gua bajet nak bakar selepas asar sambil usha awek kat Giant depan rumah.

nak dijadikan cerita, petang tu tercapailah hajat gua nak usha awek kat Giant sambil menghirup udara segar. ok, kotak Dunhill ni gua boleh buang.




*****



LOKASI : LCCT

"lu hisap rokok eh?"

"eh, mana ada."

"yang dalam beg lu tu bukan rokok?"

"mana ada. kalo tak caya lu check la." gua jawab yakin. gua dah hapuskan bahan bukti semalam. apa nak takut. gua sengih sendirian.

mama gua check beg gua penuh semangat. semua barang gua beliau selongkar. keluhan kecil kedengaran. beliau dah gelabah tak jumpa bahan bukti untuk membuat dakwaan. gua buat muka bangga sampai mama gua keluarkan statement.

"lu jangan nak tipu gua. gua ni mak lu. lu taknak masuk syurga?" senafas mama gua bagi.

sebelum mama gua buat muka, "lepas ni gua tak smoking dah! janji!".



*****



"bro, kasi dunhill 14 satu." brader myNews LCCT hulur sekotak kat gua.







p/s : ini cerita zaman gua tengah study dulu. sekarang gua dah ada wawasan!


No comments: