Friday, November 25, 2011

ucapan untuk lu.

ada orang cakap lu pelik.

ada orang cakap lu sombong.

ada orang cakap lu lampi.

tapi...

tapi...

tapi...

ada gua kisah??


SELAMAT HARI LAHIR AWAK! :)


nak hadiah? balik tahun depan!



love,
en.wonderwall.

Saturday, November 5, 2011

daging sup masak pedas dengan budu.

tadi, umi gua mesej, "esok kakcik nak masak apa?"
 
"masak apa? kitorang makan jela apa ada. apa ada hal." 

*****

nasib baik adik-adik gua ada kat rumah sekarang. 
kalau tak, memang gua dah tido sampai lusa.
raya?
dah biasa.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



p/s: semayang raya biasa pukul lapan ke lapan setengah eh? gua dah konpius.


Friday, October 28, 2011

tanggungjawab #2

hari tu hari amek result trial spm kakcik. gua tak ingat bila. tapi hari jumaat. lepas semayang jumaat, lepas gua main snooker dengan opismate gua, terus gua shoot sekolah kakcik. sapa-sapa yang pernah masuk tempat snooker, baju boleh bau rokok yang amat kuat. sumpah gua tak tipu. kalau tak percaya, sila masuk.

nak dijadikan cerita..

gua: assalamualaikum cikgu. gua nak amek result trial adik gua.

cikgu: waalaikumussalam. result adik lu ok. 4A. tapi 3 subjek fail.

gua: ooo eh? ok la tu.

cikgu: lu dah kawin?

gua: errkk..gua muda lagi kot. perjalanan hidup gua masih panjang. keh3.

cikgu: ooo..dah kerja?

gua: dah. ni baru balik opis la ni.

cikgu: lu kerja apa?

gua: biasa-biasa je. kerja makan gaji. cukup la nak hidup sorang-sorang.

gua dah tak senang duduk. asal gua yang kena interview? rupa gua ni macam tak boleh harap ke? gua syak cikgu tu nak pastikan yang kakcik dijaga dengan baik oleh penjaga yang baik dan soleh. gua rasa la. gua dah panas punggung.

gua: takpela cikgu. gua mintak diri dulu eh.

*****

"ok la tu 4A. trial abang dulu 3A je. fail pun 4 ketul. boleh je berjaya. apa ada hal." gua sempat sound kakcik kat sebelah gua sebelum gua blah. harap-harap cikgu kakcik tak dengar. kalau tak siapa nak jadi penjaga kakcik lepas ni?

Tuesday, October 18, 2011

suatu petang yang hening...

boss: jam lu berapa rat?

gua: murah je bos. 6 rat lebih.asal lu tanya?

boss: serius 6 rat lebih? lu tau gua punya jam berapa?

gua: tengok brand jam lu, gua agak-agak dalam seribu lebih. yedak?

boss: pandai! tapi asal jam lu nampak mahal?? eh syal laa. pui!

*****

boss: asal henpon lu boleh bukak fesbuk durjana?

gua: wifi kan ada. takkan henpon lu takde wifi?

boss: henpon apa paling canggih sekarang?? sekarang gak gua mau angkat!

gua: s2. tapi dalam 2 ribu lebih. lu tak kisah ke?

boss: jom pegi low yat! sekarang!

*****

gua: bos, setakat s2 lu tak fikir panjang pun. mesti lu banyak duit kan?

boss: pehal lu tanya?

gua: pinjam duit sikit. rm****. amacam? ada bran? (nilai yang gua mintak ni,kalau mintak dengan member-member, konpem putus sahabat! sumpah gua tak tipu!)

boss: lu serius? bagi no akaun lu. sekarang gak gua bank in. tapi bayar balik!


*****




p/s: kurang 2 bulan nak cukup 5 tahun. so, 4 tahun 10 bulan. sekarang tinggal lagi 3 tahun 7 bulan. ada tak tiket flight yang gua boleh book 3 years in advance?

Saturday, September 24, 2011

hidup adalah anugerah.

"acar ni kamu nak makan tak? kalau tak nak, nak buang je."
"semalam dah bungkus nasi kerabu. nanti nak makan panaskan."
"dalam peti ada sikit kek lapis sarawak. boleh la makan nanti kalau desperate."
"dah beli rice cooker kecik untuk masak nasi."
"kalau rasa nak makan sedap, celur mee, goreng dengan perencah ni, setel."
"baju kalau dah kering, lipat, jangan longgok. tak nak lipat biarkan bergantung."
"ni sambal ikan bilis kalau nak makan nasi takde lauk."


terima kasih umi! T_T


dalam sehari, dua orang yang gua sayang pergi jauh. bila emosi gua boleh kembali normal ni...



 *****


p/s: first time dalam hidup gua menangis sebab gadis. cane?

Sunday, August 21, 2011

chill dude!

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada ertinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tuhan pastikan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa

D'masiv - Jangan Menyerah


*****

p/s: you will not losing us. Insya-Allah.

pehhh! tak pasal-pasal entri gua pun dah emo sekarang. kah3! 



Thursday, August 18, 2011

kesederhanaan dalam bersahur.

5:21 am : macam biasa, "bangun!!!!"

5:25 am : panaskan nasi goreng mamak yang tinggal setengah. minggu lepas punya nasi goreng.

5:30 am : makan laju-laju.

5:35 am : nyala Winston, minum nescafe, mengadap laptop. sengih sorang-sorang macam orang gila. 

5:40 am : sakit perut, masuk jamban.

6:00 am : subuh.

6:15 am : masuk jamban lagi. damn! gua rindu Bella !!

*****

p/s: orang dah cakap, peti sejuk bukan boleh percaya! kan dah kena. padan muka!