Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya Aidiladha!

Raya Aidilfitri 2009:

malam raya aku lepak kL kat umah makcik aku sebab flight balik myanmar book last minit.malam tu aku main bunga api, mercun naga, stok mercun budak-budak kecik layan.mercun bawang sah-sah la ada. aku main dengan sorang sepupu aku ni.main sambil lepak tepi kereta sambil isap okok.amacam? cool kan? (jadahnye cool.macam butoh ade la)

time ni aku raya kt myanmar.lepas balik solat raya aku makan apa-apa yang patut.pastu layan tido.bangun tido beraya umah member-member Hj Bahari.semua aku tak kenal.semua sebaya beliau.macam mane aku nak bersosial.anak member-member beliau semua tak kecik-kecik pulak.nak mengorat memang jauh sekali.jadi aku lepak luar isap okok.usha awek myanmar.

time raya ni pulak ade sorang member aku kawin.dan budak-budak sekolah aku nak wat reunion sebab member aku study kat jepun balik malaysia. aku pulak tadah muka dekat masyarakat myanmar.steady tak raya aku?

Raya Aidiladha 2009:

famili aku kat myanmar.Hj Bahari tak dapat cuti panjang.aku? memang tak dapat la aku nak balik myanmar.aku dapat cuti kejap je kalau tak silap aku.aku lepak kL.dengan famili pakcik aku.lepas solat raya aku balik umah tido.setel raya haji aku.

Raya Aidilfitri 2010:

kali ni famili aku balik malaysia.tapi lepak kat kL jugak.taman melati.sebab? Hj Bahari tak dapat cuti panjang.macam biasa.malam raya lepak rumah tengok tv.esok jugak macam biasa solat raya.lepas tu pegi melawat sedara-mara sampai petang.sedara-mara aku kat kL tak ramai.jadi memang aku dah bajet balik rumah awal.balik umah apa lagi.tido sudaa.

Raya Aidiladha 2010:

sekarang ni malam raya, masa aku tengah tulis entri ni.lagu 'ilusi-puisi cinta' menjadi tatapan telinga aku.aku tak rasa apa-apa pun.excited tak.gembira tak.sedih pun tak.aku pun tak tau nak rasa apa sekarang.oh ye.tahun ni aku raya kat miri.Hj Bahari baru transfer kat sini.sebab kitorang raya kat sini? macam biasa.tak payah aku nak citer panjang-panjang.plan aku esok.lepas solat raya bantai tido.setel!

*****

aku rindukan raya kat kampung.bersama sedara-mara, sepupu ramai-ramai, malam raya buat macam-macam. tukar langsir umah nenek aku.susun meja kerusi.sapu karpet.cuci tingkap.bakar satay.bakar ayam.aktiviti main mercun memang tak boleh tinggal.stended kampung, bunyi mesti gempak dari kampung sebelah.tapi aku rasa macam susah nak jadi macam dulu.sebab? macam biasa.malas aku nak cerita.

raya haji pulak kalau aku raya kat selising memang aku kene kerah lapah daging korban.agih daging untuk rakyat kampung.tapi takpe.aku steady.memang aku suka.daripada tido.yedak?

kadang-kadang aku rasa macam nak jadi cikgu pun ada.hahaha.cuti pun banyak.boleh lepak dengan famili besar time-time raya.

p/s: apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua! semoga berbahagia di samping yang tersayang.

Friday, November 12, 2010

hati sakit siapa yang tau.

semalam..ke 2 hari lepas.gua tak berapa pasti.tapi apa yg gua pasti en.P memang dah tak perlukan gua lagi.dengan rasmi beliau memutuskan perhubungan kami selama 5 tahun suka-suka hati je.dasar kacang lupakan kulit!

*****

tetettt..tetetttt...gua dapat mesej.

member mama gua: surat en.P da sampai rumah.

gua: bukak2.tengok apa beliau nak. (gua dah dapat agak)

member mama gua: tahniah kerana anda telah mendapat segulung ijazah...bla..bla..tapi kami tidak mempunyai tempat..bla..bla..surat pembayaran pinjaman..bla..bla..boleh pegi mampos.

gua: ok.tq.

*****

gua sedih.gua rase nak bogel je.tapi gua tahan demi maruah gua.gua fikir balik.semua ni mungkin ada hikmah yang gua tak tau.Dia saja yang Maha Mengetahui.

plan gua selepas ni:

1) gua nak mencari mana-mana pilihan yang berkenan di hati gua tanpa memikirkan perhubungan gua dengan en.P.kira gua boleh jadi player la lepas ni kan?

2) dalam surat cinta untuk pilihan hati gua, gua nak letak gambar paling seksi yang gua pernah ada.kasi en.P cemburu.kasi beliau menyesal lepaskan gua.

kesedaran sivik yang gua dapat:

1) kaya tak guna kalau hati tak ada.hahaha.

2) jangan menaruh harapan terlalu tinggi pada sesuatu yang tidak pasti.

3) rezeki ada di mana-mana.rilek sudah.

4) Dia tau apa yang terbaik untuk kita.

kepada rakan-rakan seangkatan gua yang senasib ngan gua lepas ni boleh cari gua untuk sesi kaunseling.kah3!

p/s: orang cakap nak murah rezeki amalkan solat dhuha. jadi gua dah taknak tinggal solat dhuha lepas ni.hehe.

Tuesday, November 9, 2010

gua cuak.lu orang cuak tak?

sejak akhir-akhir ni ade la 5-6 orang member gua dapat surat perpisahan dari en.P.beliau sudah buat hal.kalau gua cakap gua tak cuak memang gua tipu la.sumpah gua cuak!

untuk pengetahuan lu orang, gua ni dah bersama en.P selama 5 tahun.setia tak gua? mane boleh tinggal suka-suka.en.P ni kaya kot! en.P dah banyak support gua.belanja gua makan,minum,rokok,komputer pun beliau support gua cakap lu.kalau lu orang jadi gua, lu orang nak tinggalkan en.P? sudah tentu tidak!

sepanjang gua bersama en.P, dah banyak aktiviti gua buat bersama beliau.en.P dah banyak bagi gua sijil sebagai tanda penghargaan bersama beliau.tapi..semua sijil gua ilang beb! bodoh tak gua? ok.tu mungkin salah gua.gua cuai.tanpa sijil-sijil tu macam mane gua nak cari makan.

pesanan untuk en.P: macam mane gua nak bersama orang lain kalau sijil-sijil gua ilang.gua berharap kat lu je ni.tolong bagi peluang gua nak bersama lu lagi 10 tahun.please! please! please!

*****

walau apa pun keputusan en.P, gua terima dengan hati yang terbuka.mungkin semua ni ada hikmah yang gua sendiri pun tak tahu.hidup mesti mau ceria. =)

Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan urusanku di dunia dan di akhirat nanti. Amin.