Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya Aidiladha!

Raya Aidilfitri 2009:

malam raya aku lepak kL kat umah makcik aku sebab flight balik myanmar book last minit.malam tu aku main bunga api, mercun naga, stok mercun budak-budak kecik layan.mercun bawang sah-sah la ada. aku main dengan sorang sepupu aku ni.main sambil lepak tepi kereta sambil isap okok.amacam? cool kan? (jadahnye cool.macam butoh ade la)

time ni aku raya kt myanmar.lepas balik solat raya aku makan apa-apa yang patut.pastu layan tido.bangun tido beraya umah member-member Hj Bahari.semua aku tak kenal.semua sebaya beliau.macam mane aku nak bersosial.anak member-member beliau semua tak kecik-kecik pulak.nak mengorat memang jauh sekali.jadi aku lepak luar isap okok.usha awek myanmar.

time raya ni pulak ade sorang member aku kawin.dan budak-budak sekolah aku nak wat reunion sebab member aku study kat jepun balik malaysia. aku pulak tadah muka dekat masyarakat myanmar.steady tak raya aku?

Raya Aidiladha 2009:

famili aku kat myanmar.Hj Bahari tak dapat cuti panjang.aku? memang tak dapat la aku nak balik myanmar.aku dapat cuti kejap je kalau tak silap aku.aku lepak kL.dengan famili pakcik aku.lepas solat raya aku balik umah tido.setel raya haji aku.

Raya Aidilfitri 2010:

kali ni famili aku balik malaysia.tapi lepak kat kL jugak.taman melati.sebab? Hj Bahari tak dapat cuti panjang.macam biasa.malam raya lepak rumah tengok tv.esok jugak macam biasa solat raya.lepas tu pegi melawat sedara-mara sampai petang.sedara-mara aku kat kL tak ramai.jadi memang aku dah bajet balik rumah awal.balik umah apa lagi.tido sudaa.

Raya Aidiladha 2010:

sekarang ni malam raya, masa aku tengah tulis entri ni.lagu 'ilusi-puisi cinta' menjadi tatapan telinga aku.aku tak rasa apa-apa pun.excited tak.gembira tak.sedih pun tak.aku pun tak tau nak rasa apa sekarang.oh ye.tahun ni aku raya kat miri.Hj Bahari baru transfer kat sini.sebab kitorang raya kat sini? macam biasa.tak payah aku nak citer panjang-panjang.plan aku esok.lepas solat raya bantai tido.setel!

*****

aku rindukan raya kat kampung.bersama sedara-mara, sepupu ramai-ramai, malam raya buat macam-macam. tukar langsir umah nenek aku.susun meja kerusi.sapu karpet.cuci tingkap.bakar satay.bakar ayam.aktiviti main mercun memang tak boleh tinggal.stended kampung, bunyi mesti gempak dari kampung sebelah.tapi aku rasa macam susah nak jadi macam dulu.sebab? macam biasa.malas aku nak cerita.

raya haji pulak kalau aku raya kat selising memang aku kene kerah lapah daging korban.agih daging untuk rakyat kampung.tapi takpe.aku steady.memang aku suka.daripada tido.yedak?

kadang-kadang aku rasa macam nak jadi cikgu pun ada.hahaha.cuti pun banyak.boleh lepak dengan famili besar time-time raya.

p/s: apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua! semoga berbahagia di samping yang tersayang.

No comments: