Friday, November 12, 2010

hati sakit siapa yang tau.

semalam..ke 2 hari lepas.gua tak berapa pasti.tapi apa yg gua pasti en.P memang dah tak perlukan gua lagi.dengan rasmi beliau memutuskan perhubungan kami selama 5 tahun suka-suka hati je.dasar kacang lupakan kulit!

*****

tetettt..tetetttt...gua dapat mesej.

member mama gua: surat en.P da sampai rumah.

gua: bukak2.tengok apa beliau nak. (gua dah dapat agak)

member mama gua: tahniah kerana anda telah mendapat segulung ijazah...bla..bla..tapi kami tidak mempunyai tempat..bla..bla..surat pembayaran pinjaman..bla..bla..boleh pegi mampos.

gua: ok.tq.

*****

gua sedih.gua rase nak bogel je.tapi gua tahan demi maruah gua.gua fikir balik.semua ni mungkin ada hikmah yang gua tak tau.Dia saja yang Maha Mengetahui.

plan gua selepas ni:

1) gua nak mencari mana-mana pilihan yang berkenan di hati gua tanpa memikirkan perhubungan gua dengan en.P.kira gua boleh jadi player la lepas ni kan?

2) dalam surat cinta untuk pilihan hati gua, gua nak letak gambar paling seksi yang gua pernah ada.kasi en.P cemburu.kasi beliau menyesal lepaskan gua.

kesedaran sivik yang gua dapat:

1) kaya tak guna kalau hati tak ada.hahaha.

2) jangan menaruh harapan terlalu tinggi pada sesuatu yang tidak pasti.

3) rezeki ada di mana-mana.rilek sudah.

4) Dia tau apa yang terbaik untuk kita.

kepada rakan-rakan seangkatan gua yang senasib ngan gua lepas ni boleh cari gua untuk sesi kaunseling.kah3!

p/s: orang cakap nak murah rezeki amalkan solat dhuha. jadi gua dah taknak tinggal solat dhuha lepas ni.hehe.

2 comments:

NA said...

pasal solat dhuha tu,gua terharu.makan gak lu nasihat gua.

en.wonderwall said...

os kos.gua da anggap lu sifu gua kalo masuk bab2 koyak ni.kah3.