*****
hari ni hari jumaat.semua kaum lelaki muslim diwajibkan ke masjid untuk bersembahyang jumaat.gua tidak terkecuali.macam biasa, dah azan baru gua melangkah masuk ke masjid.lepas amek wudhuk, gua cari port bawah kipas.port bawah kipas adalah penting untuk konsentrasi semasa pembacaan khutbah.baru la gua boleh fokus apa yang pak imam nak kasitau.
dalam masa 10 minit, gua dah start perasan suara tok imam sayup-sayup kedengaran.mendayu-dayu.gua dengar makin lama makin slow.gua apa lagi, terus gua pacak tangan gua bawah dagu.peluang macam ni bukan selalu gua dapat.keh3.
nak dijadikan cerita, baru gua nak lelap, tiba-tiba...
"AMIIIINNNN...."
mamat belakang gua bersuara.
*****
orang tua-tua cakap, sebelum tido kene basuh kaki dulu.baru setan tak kacau.tak mengigau.gua rasa mamat tadi tak basuh kaki kot sebelum tido.nasib baik 'amin' yang keluar.kalau mende lain.lu orang bayang la apa jadi.
p/s: gua harap time gua tido sebelum-sebelum ni, perangai gua sopan.
No comments:
Post a Comment