Tuesday, February 15, 2011

perangai orang kita I

tadi gua naik LRT setelah sekian lama gua merempit.sebab apa? sebab arini gua rasa malas nak merempit.lagipun tempat yang gua nak tuju tu memang gua tak tau jalan.keh3.gua naik LRT dari Taman Melati sampai Dang Wangi.dalam pukul 1 tadi gua balik Taman Melati balik.

satu habit gua kalau naik LRT ni, gua suka berdiri.melainkan seat bersepah-sepah kosong.baru gua cari port sebelah awek.kalau setakat 2-3 seat kosong memang gua keras je berdiri.walaupun perjalanan mengambil masa 30 minit.nak buat macam mana.gua fit!

nak dijadikan cerita, tengah gua layan berdiri sebelah mamat hindu ni, gua terpandang sepasang couple lahanat.sebab apa lahanat? nanti gua cerita.diorang ni bukan main lagi berasmaradana depan gua.pegang sana.pegang sini.gelak sana.gelak sini.nasib baik tak jolok sana jolok sini.kalau tak memang straight gua bagi kaki.

sampai stesen Jelatek, adelah sorang wanita masuk.gua bajet umur dia baru awal 30-an.bawak anak dalam perut.gua rasa dalam 7 bulan.beliau tengok ramai orang dalam train, jadi beliau mengambil keputusan untuk berdiri.perasaan simpati gua mula muncul.tapi gua tengah berdiri, macam mana gua nak tolong.takkan gua nak jadi kerusi untuk si ibu ni kot?

sebab apa gua cakap couple tadi lahanat? si ibu yang mengandung tadi berdiri betul-betul depan couple tadi.yang gua tak tahan, couple tadi rilek je gelak-gelak macam orang gila.permainan mereka masih diteruskan.gua terpandang la muka si mamat couple ni.gua bagi hint bagi si ibu ni duduk.peh! dia punya pandang gua memang macam celaka.sumpah celaka! masyarakat sekeliling tengok mamat ni.tapi die bantai buat bodoh.tak ke lahanat tu? lahanat tahap hanjeng!

akhirnya ada laa sorang makcik berbangsa cina offer seat kat si ibu ni.lega sikit hati gua.takde laa gua kene jadi kerusi.tapi perasaan marah gua kat mamat tadi sumpah tak hilang lagi.untuk pengetahuan lu orang, pasangan couple tadi orang MELAYU kita beb! ORANG MELAYU! makan pakai tangan.berak basuh.bangun pagi mandi.sambut hari raya.puasa gua tak berapa pasti.bodoh.memalukan kaum.fakk!

p/s: gua harap mamat celaka tadi baca blog gua.meh gua nak tarbiyah sikit.kalau lu tak ikhlas pun, apa salahnya tunjuk perangai baik kat depan awek lu.prihatin la sikit bro.orang lain ada awek gak.orang lain pun ada nafsu.jangan jadi BANGANG macam lembu boleh tak?

No comments: