Tuesday, March 1, 2011

siapa pakcik kordi?

ramai orang tanya gua..
sapa Pakcik Kordi?
apa kaitan dengan lu?
best sangat ke Pakcik Kordi ni sampai nama syarikat pun lu letak Kordi Enterpise?

biasanya gua akan tanya balik..lu layan UJANG tak?
kalau tak, senang je gua reply..lu beli UJANG dulu baru gua explain.

MEET THE AWESOME PAKCIK KORDI AND HIS COOL COW.


NAMA SEPERTI DALAM I/C : Pakcik Kordi.
UMUR : Sweet 53.
STATUS : Single.
HAIWAN PELIHARAAN : Lembu Beliau.
HOBI : Bermanja bersama Lembu Beliau.
PEKERJAAN : Melepak bersama Lembu Beliau.
RAKAN SEPERJUANGAN : Tok Ketua / Umar.

*****

Pakcik Kordi adalah salah satu watak dalam komik kegemaran gua..UJANG.kalau lu orang baca lawak-lawak bangang yang cuba disampaikan oleh Papan, lembu beliau serupa gampang! perangai lembu beliau macam sial.HAHAHAHA! sumpah gua suka attitude lembu beliau! nak tau attitude lembu beliau? cari sendiri dalam UJANG! malas gua nak explain panjang-panjang.

satu lagi katun yang gua suka dalam UJANG adalah katak hidung macam serombong kapal lukisan Manggis.yang gua tak boleh tahan...katak tu diberi nama Ahmad Badruzzaman! HAHAHAHA! ni mesti kes pedajal member-member sendiri.konpem-konpem si Ahmad Badruzzaman ni manjang kene bahan dengan katak-katak lain. siap boleh sesat lagi dalam lubang hidung..pefak? HAHAHAHA! (gua google kartunis Manggis tapi tak jumpe wajah katak tu..takkan gua nak google Ahmad Badzruzzaman kot.)

banyak lagi katun-katun yang gua suka dalam UJANG ni..tapi katun lembu dan katak ni yang menjadi feveret gua.

tapi sejak akhir-akhir ni..gua sedikit kecewa dengan UJANG.komik ni dah hilang seri.dah tak kelakar.dah tak lawak.ade laa selai dua yang boleh buat gua gelak.tu pun gelak amek hati.tak berbaloi beli harga sampai RM5.90.bumper edition pun sampai RM9.90.baik gua baca lawak-lawak bodoh orang hantar kat surat kaba je.baru abes RM1.50 paling mahal pun.

dan yang paling mengecewakan gua.."Pakcik Kordi dan Lembu Beliau" dan "Katak Oh Katak" dah dihapuskan dalam UJANG.mungkin kehabisan idea.so, sekarang ni memang gua jarang beli UJANG.mungkin juga koleksi komik UJANG gua akan stop kat sini je.pehh! tak ke sedih tu?

generasi sekarang sudah hilang satu nikmat dunia.

p/s: sapa-sapa yang baca lawak "Pakcik Kordi dan Lembu Beliau" tapi tak menunjukkan ekspresi muka yang menarik..sila pegi jumpa doktor.kotak ketawa anda bermasalah.

*****

PEHAL TAK BOLEH TIDO NI?? KAN GUA DAH MENGARUT.MATA TOLONG JANGAN BUAT HAL.ESOK GUA ADA HAL.GILA!

1 comment:

Unknown said...

Ya betul, yg mamat ni main hentam saja dia xde lagi zaman buku bahasa melayu tahun 80an