Friday, February 25, 2011

kerja baru.

semalam gua dapat call.gua dapat offer keje.gua gembira.sebab keje ni memang gua nak kalau nak compare dengan keje gua sekarang.

tapi gua rasa serba salah nak tinggal keje lama gua.sebab apa? kat sini environment dah terbaik.ramai yang satu kepala.boleh mencarut sana sini tak tentu pasal.yang paling sayang gua nak tinggal awek-awek operation.ramai sial yang comel.kalau nak banding dengan awek-awek engineering memang jauh sekali.dah la 2 orang je.shit!

satu lagi sebab gua sayang nak tinggal keje lama gua.politeknik baru nak naik sebelah opis gua! macam mana gua nak tinggal keje lama dengan senang hati?

p/s: kepada awek-awek engineering, gua tak cakap lu orang tak menarik.lu orang pun mengancam gak.muka boleh tahan.cuma...

Tuesday, February 22, 2011

pandai tapi bangang.

biodata mamat A:
1) bajet stylo.
2) konon kacak.
3) bajet tinggi.
4) dikelilingi ramai gadis.
5) tidak disukai segelintir lelaki.
6) yang penting result gempak.
7) berkereta.
8) speak english in daily conversation.

biodata mamat B:
1) selekeh abis.perangai tak pernah senonoh.
2) tak berapa nak kacak.segak tu ada.
3) tinggi sikit daripada ketinggian gadis normal.boleh tahan la.
4) tidak dikelilingi gadis.
5) disayangi ramai lelaki.tapi bukan gay.
6) result cukup makan.tak bodoh.
7) bermotor sudah.
8) mencarut adalah hobi.

*****

mamat A.

interviewer: wow! your final result is quite impressive.so, tell me.what did you do during your internship?

mamat A: i learnt about some equipment in plant such as..bla..bla..bla.i know how to calculate the efficiency, the important part..bla..bla..bla..and sometimes supervised the contractor to the a certain works..bla..bla..bla.

interviewer: not bad.so when this equipments have problems, what did you do?

mamat A: actually i did not do the maintenance works because i am a training engineer so i work in office space.

interviewer: can i say that you are not learning anything and you are wasting 8 months of your life there?

mamat A: emmm..why? but you don't even look at my final year project.

interviewer: what does it matter to me?

mamat A: fak! (dalam hati)

mamat B.

interviewer: your result is cukup-cukup makan.i have a lot of candidates that have better result than you.so don't waste my time.how can you convince me that you should be hired in this company?

mamat B: i have a lot of technical experiences during my internship..bla..bla..bla..i joined the technician team to do the maintenance works..bla..bla..bla..i learnt how to overhaul the equipment..bla..bla..bla..

interviewer: so, let say that the efficiency of the equipment decrease.what did you do?

mamat B: for this type of equipment, there are a lot of problem that can affect the efficiency..bla..bla..bla..

interviewer: bila boleh start keje?

*****

moral of the story:
sesetengah orang pandai bukannya pandai sangat pun.gua ulang balik..SESETENGAH.


p/s: i can write in english also.my grammar is perfect! well...you know me.you and your result can go die! (lu dengan result lu boleh pegi mampos!)

Friday, February 18, 2011

perangai orang kita II

sejak dua menjak ni dah macam-macam perangai pelik manusia yang gua jumpa.gua isytiharkan minggu ni adalah minggu pelik untuk gua.ada yang buat gua menyampah, ada yang buat gua gelak, dan ada juga yang buat gua nak bagi siku.

*****

hari ni hari jumaat.semua kaum lelaki muslim diwajibkan ke masjid untuk bersembahyang jumaat.gua tidak terkecuali.macam biasa, dah azan baru gua melangkah masuk ke masjid.lepas amek wudhuk, gua cari port bawah kipas.port bawah kipas adalah penting untuk konsentrasi semasa pembacaan khutbah.baru la gua boleh fokus apa yang pak imam nak kasitau.

dalam masa 10 minit, gua dah start perasan suara tok imam sayup-sayup kedengaran.mendayu-dayu.gua dengar makin lama makin slow.gua apa lagi, terus gua pacak tangan gua bawah dagu.peluang macam ni bukan selalu gua dapat.keh3.

nak dijadikan cerita, baru gua nak lelap, tiba-tiba...

"AMIIIINNNN...."

mamat belakang gua bersuara.

*****

orang tua-tua cakap, sebelum tido kene basuh kaki dulu.baru setan tak kacau.tak mengigau.gua rasa mamat tadi tak basuh kaki kot sebelum tido.nasib baik 'amin' yang keluar.kalau mende lain.lu orang bayang la apa jadi.

p/s: gua harap time gua tido sebelum-sebelum ni, perangai gua sopan.

Thursday, February 17, 2011

sumpah gua rindu!

gua dah cuba tahan.
tapi gua tak mampu.

gua rindukan seseorang!
GILA!

Tuesday, February 15, 2011

perangai orang kita I

tadi gua naik LRT setelah sekian lama gua merempit.sebab apa? sebab arini gua rasa malas nak merempit.lagipun tempat yang gua nak tuju tu memang gua tak tau jalan.keh3.gua naik LRT dari Taman Melati sampai Dang Wangi.dalam pukul 1 tadi gua balik Taman Melati balik.

satu habit gua kalau naik LRT ni, gua suka berdiri.melainkan seat bersepah-sepah kosong.baru gua cari port sebelah awek.kalau setakat 2-3 seat kosong memang gua keras je berdiri.walaupun perjalanan mengambil masa 30 minit.nak buat macam mana.gua fit!

nak dijadikan cerita, tengah gua layan berdiri sebelah mamat hindu ni, gua terpandang sepasang couple lahanat.sebab apa lahanat? nanti gua cerita.diorang ni bukan main lagi berasmaradana depan gua.pegang sana.pegang sini.gelak sana.gelak sini.nasib baik tak jolok sana jolok sini.kalau tak memang straight gua bagi kaki.

sampai stesen Jelatek, adelah sorang wanita masuk.gua bajet umur dia baru awal 30-an.bawak anak dalam perut.gua rasa dalam 7 bulan.beliau tengok ramai orang dalam train, jadi beliau mengambil keputusan untuk berdiri.perasaan simpati gua mula muncul.tapi gua tengah berdiri, macam mana gua nak tolong.takkan gua nak jadi kerusi untuk si ibu ni kot?

sebab apa gua cakap couple tadi lahanat? si ibu yang mengandung tadi berdiri betul-betul depan couple tadi.yang gua tak tahan, couple tadi rilek je gelak-gelak macam orang gila.permainan mereka masih diteruskan.gua terpandang la muka si mamat couple ni.gua bagi hint bagi si ibu ni duduk.peh! dia punya pandang gua memang macam celaka.sumpah celaka! masyarakat sekeliling tengok mamat ni.tapi die bantai buat bodoh.tak ke lahanat tu? lahanat tahap hanjeng!

akhirnya ada laa sorang makcik berbangsa cina offer seat kat si ibu ni.lega sikit hati gua.takde laa gua kene jadi kerusi.tapi perasaan marah gua kat mamat tadi sumpah tak hilang lagi.untuk pengetahuan lu orang, pasangan couple tadi orang MELAYU kita beb! ORANG MELAYU! makan pakai tangan.berak basuh.bangun pagi mandi.sambut hari raya.puasa gua tak berapa pasti.bodoh.memalukan kaum.fakk!

p/s: gua harap mamat celaka tadi baca blog gua.meh gua nak tarbiyah sikit.kalau lu tak ikhlas pun, apa salahnya tunjuk perangai baik kat depan awek lu.prihatin la sikit bro.orang lain ada awek gak.orang lain pun ada nafsu.jangan jadi BANGANG macam lembu boleh tak?

Monday, February 14, 2011

healthy lifestyle.

entri ni gua da tulis 2-3 minggu lepas.entri ini akan di update.

*****

gua seorang perokok.ada gua kisah.tapi sejak akhir-akhir ni gua tak tau sebab apa.gua macam dapat hidayah.tiba-tiba gua rasa yang gua perlu stop buat mende ni.sebab apa jangan tanya.gua rasa dah sampai masa untuk gua berubah.ini bukan ayat pancing bakal mak mertua gua.sumpah bukan!

so, dengan nekad gua angkat E-Cigarette.harga memang gua tolak tepi.rm310 beb.boleh angkat levi's ori selai.untuk pengetahuan lu orang, E-Cigarette ni adalah short form untuk Electronic Cigarette.atau dalam bahasa ibunda, rokok elektronik.gua dapat tau pasal mende alah ni sebab member gua dah pakai menatang ni.



macam mana mende ni berfungsi jangan tanya gua.malas gua nak terang.lu orang tengok sendiri gambar kat bawah ni.ape yang gua tau, mende ni tak bahaya macam rokok.asap yang lu orang nampak kuar dari mende ni adalah wap air.bahan kimia yang ada pun hanya nikotin semata-mata.tu pun dalam kuantiti yang sikit.karbon monoksida, tar, tembakau dan haram jadah yang lain memang 100% takde.


satu lagi, dari segi kewangan.kesihatan kita tolak tepi.sah-sah la rokok membawa maut.lagi mau citer.lu orang bayangkan,rokok sekotak rm10.gua berani jamin yang perokok-perokok macam gua paling lama tahan pun sehari sekotak.kalo sebulan dah rm300.setahun? rm3600! gila! baik gua buat bayar kete bulan-bulan daripada gua sedekah duit kat kerajaan.

apa yang buat gua berkenan sangat dengan mende alah ni sebab ada flavor.ikut lu orang mau flavor apa.dunhill ada.marlboro ada.mint ada.coffee ada.strawberry pun ada.ikut mood lu orang.gua biasa amik marlboro.dunhill rasa macam gampang.marlboro pun sebenarnya boleh tahan gak kegampangan dia tapi still boleh diterima peparu gua.kalau lu orang nak rilek-rilek sikit, tibai strawberry.rasa manis-manis gitu.boleh buat dessert lepas makan.

gua test rokok ni baru 2-3 ari.mula-mula tu memang susah gua nak adapt.first day,lepas makan memang gua tibai winston.kah3.tak boleh tahan beb! tapi arini gua berbangga dengan diri gua.gua tak sentuh pun winston! pergh! satu pencapaian yang agak memberangsangkan.gua rasa lepas ni memang peparu gua sayang gua gila babi.


kepada sapa-sapa berminat nak jadi macam gua,boleh klik SINI. kat sini semua detail yang lu orang nak tau ada.

p/s: doakan gua berjaya dalam misi gua kali ni.aminn.