Wednesday, September 12, 2012

kantoi rokok [siri II]


masa ni gua lepak rumah makcik gua dekat Gombak. esok gua kena hantar gua punya family balik mana gua tak ingat. tapi yang gua ingat gua kena hantar sampai LCCT. standard kalau menumpang rumah orang, satu family mesti satu bilik.

gua bawa satu beg dari rumah, beg kutu gua yang dihiasi dengan lencana The Beatles, Nirvana, dan macam-macam. dalam tu gua sumbat semua barang peribadi gua termasuk Dunhill 14 yang gua beli kira-kira 2 hari lepas. kebetulan dalam kotak Dunhill ada sebatang lagi rokok yang gua bajet nak bakar selepas asar sambil usha awek kat Giant depan rumah.

nak dijadikan cerita, petang tu tercapailah hajat gua nak usha awek kat Giant sambil menghirup udara segar. ok, kotak Dunhill ni gua boleh buang.




*****



LOKASI : LCCT

"lu hisap rokok eh?"

"eh, mana ada."

"yang dalam beg lu tu bukan rokok?"

"mana ada. kalo tak caya lu check la." gua jawab yakin. gua dah hapuskan bahan bukti semalam. apa nak takut. gua sengih sendirian.

mama gua check beg gua penuh semangat. semua barang gua beliau selongkar. keluhan kecil kedengaran. beliau dah gelabah tak jumpa bahan bukti untuk membuat dakwaan. gua buat muka bangga sampai mama gua keluarkan statement.

"lu jangan nak tipu gua. gua ni mak lu. lu taknak masuk syurga?" senafas mama gua bagi.

sebelum mama gua buat muka, "lepas ni gua tak smoking dah! janji!".



*****



"bro, kasi dunhill 14 satu." brader myNews LCCT hulur sekotak kat gua.







p/s : ini cerita zaman gua tengah study dulu. sekarang gua dah ada wawasan!


Tuesday, March 13, 2012

steady la bos!

4:30 pm...


boss: deyyy.

gua: waddap.

boss: gua dah nak balik ni. ada cricket tournament. asian cup.

gua: asal lu nak balik? lu main ke?

boss: india main kot! gua kan die hard fan.

gua: nanti gua rindu lu macam mana?

boss: mengada!

gua: kalau india menang, lu belanja esok. amacam?

boss: semua gua nak belanja susah la. hari tu gua dah belanja KFC cukup la tu.

gua: lu kan kaya, apa ada hal.

boss: lu jangan macam-macam boleh? ahad ni india lawan pakistan. game ni gua cuak.

gua: haaa kalau macam tu, india menang ahad ni, isnin lu open table.

boss: macam-macam la lu ni. nanti gua fikir.








p/s: kehidupan gua hampir sempurna. alhamdulillah.

Saturday, February 4, 2012

5/2/2012

susah nak puaskan hati semua orang.

orang ni cakap kena buat ini.

orang tu cakap kena buat itu.

orang ni cakap tak payah buat.

orang tu cakap kena buat.

in the end, gua buat apa yang gua rasa terbaik.

maaf yang berkecil hati. gua manusia biasa.


 p/s: Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku.


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Wednesday, January 25, 2012

just adam.

adam: best tak hisap rokok?

abang: tak best.

adam: kenapa abang hisap?

abang: sebab abang bodoh.

adam: kenapa abang bodoh?

abang: sebab abang tak belajar.

adam: kenapa abang tak belajar? abang bukan masuk universiti ke?

abang: universiti tak suruh abang jangan merokok.

adam: ooooo.



p/s: seronok gak kadang-kadang layan adik gua. kadang-kadang jela tapi.

Friday, November 25, 2011

ucapan untuk lu.

ada orang cakap lu pelik.

ada orang cakap lu sombong.

ada orang cakap lu lampi.

tapi...

tapi...

tapi...

ada gua kisah??


SELAMAT HARI LAHIR AWAK! :)


nak hadiah? balik tahun depan!



love,
en.wonderwall.

Saturday, November 5, 2011

daging sup masak pedas dengan budu.

tadi, umi gua mesej, "esok kakcik nak masak apa?"
 
"masak apa? kitorang makan jela apa ada. apa ada hal." 

*****

nasib baik adik-adik gua ada kat rumah sekarang. 
kalau tak, memang gua dah tido sampai lusa.
raya?
dah biasa.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



p/s: semayang raya biasa pukul lapan ke lapan setengah eh? gua dah konpius.


Friday, October 28, 2011

tanggungjawab #2

hari tu hari amek result trial spm kakcik. gua tak ingat bila. tapi hari jumaat. lepas semayang jumaat, lepas gua main snooker dengan opismate gua, terus gua shoot sekolah kakcik. sapa-sapa yang pernah masuk tempat snooker, baju boleh bau rokok yang amat kuat. sumpah gua tak tipu. kalau tak percaya, sila masuk.

nak dijadikan cerita..

gua: assalamualaikum cikgu. gua nak amek result trial adik gua.

cikgu: waalaikumussalam. result adik lu ok. 4A. tapi 3 subjek fail.

gua: ooo eh? ok la tu.

cikgu: lu dah kawin?

gua: errkk..gua muda lagi kot. perjalanan hidup gua masih panjang. keh3.

cikgu: ooo..dah kerja?

gua: dah. ni baru balik opis la ni.

cikgu: lu kerja apa?

gua: biasa-biasa je. kerja makan gaji. cukup la nak hidup sorang-sorang.

gua dah tak senang duduk. asal gua yang kena interview? rupa gua ni macam tak boleh harap ke? gua syak cikgu tu nak pastikan yang kakcik dijaga dengan baik oleh penjaga yang baik dan soleh. gua rasa la. gua dah panas punggung.

gua: takpela cikgu. gua mintak diri dulu eh.

*****

"ok la tu 4A. trial abang dulu 3A je. fail pun 4 ketul. boleh je berjaya. apa ada hal." gua sempat sound kakcik kat sebelah gua sebelum gua blah. harap-harap cikgu kakcik tak dengar. kalau tak siapa nak jadi penjaga kakcik lepas ni?

Tuesday, October 18, 2011

suatu petang yang hening...

boss: jam lu berapa rat?

gua: murah je bos. 6 rat lebih.asal lu tanya?

boss: serius 6 rat lebih? lu tau gua punya jam berapa?

gua: tengok brand jam lu, gua agak-agak dalam seribu lebih. yedak?

boss: pandai! tapi asal jam lu nampak mahal?? eh syal laa. pui!

*****

boss: asal henpon lu boleh bukak fesbuk durjana?

gua: wifi kan ada. takkan henpon lu takde wifi?

boss: henpon apa paling canggih sekarang?? sekarang gak gua mau angkat!

gua: s2. tapi dalam 2 ribu lebih. lu tak kisah ke?

boss: jom pegi low yat! sekarang!

*****

gua: bos, setakat s2 lu tak fikir panjang pun. mesti lu banyak duit kan?

boss: pehal lu tanya?

gua: pinjam duit sikit. rm****. amacam? ada bran? (nilai yang gua mintak ni,kalau mintak dengan member-member, konpem putus sahabat! sumpah gua tak tipu!)

boss: lu serius? bagi no akaun lu. sekarang gak gua bank in. tapi bayar balik!


*****




p/s: kurang 2 bulan nak cukup 5 tahun. so, 4 tahun 10 bulan. sekarang tinggal lagi 3 tahun 7 bulan. ada tak tiket flight yang gua boleh book 3 years in advance?

Saturday, September 24, 2011

hidup adalah anugerah.

"acar ni kamu nak makan tak? kalau tak nak, nak buang je."
"semalam dah bungkus nasi kerabu. nanti nak makan panaskan."
"dalam peti ada sikit kek lapis sarawak. boleh la makan nanti kalau desperate."
"dah beli rice cooker kecik untuk masak nasi."
"kalau rasa nak makan sedap, celur mee, goreng dengan perencah ni, setel."
"baju kalau dah kering, lipat, jangan longgok. tak nak lipat biarkan bergantung."
"ni sambal ikan bilis kalau nak makan nasi takde lauk."


terima kasih umi! T_T


dalam sehari, dua orang yang gua sayang pergi jauh. bila emosi gua boleh kembali normal ni...



 *****


p/s: first time dalam hidup gua menangis sebab gadis. cane?

Sunday, August 21, 2011

chill dude!

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada ertinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tuhan pastikan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa

D'masiv - Jangan Menyerah


*****

p/s: you will not losing us. Insya-Allah.

pehhh! tak pasal-pasal entri gua pun dah emo sekarang. kah3! 



Thursday, August 18, 2011

kesederhanaan dalam bersahur.

5:21 am : macam biasa, "bangun!!!!"

5:25 am : panaskan nasi goreng mamak yang tinggal setengah. minggu lepas punya nasi goreng.

5:30 am : makan laju-laju.

5:35 am : nyala Winston, minum nescafe, mengadap laptop. sengih sorang-sorang macam orang gila. 

5:40 am : sakit perut, masuk jamban.

6:00 am : subuh.

6:15 am : masuk jamban lagi. damn! gua rindu Bella !!

*****

p/s: orang dah cakap, peti sejuk bukan boleh percaya! kan dah kena. padan muka! 

Thursday, August 11, 2011

colours of life!

tetettt..tetettt...

"salam. sukacita dimaklumkan PIBG SM Ibn Khaldun menganjurkan 
program berbuka puasa pada 14/8/11 di dewan terbuka SMIK. 
tuan-puan dikehendaki membawa makanan (bihun goreng)."

sms Hj Bahari pukul 8 pagi tadi.

*****

so, dengan rasminya minggu depan gua ada 2 jemputan berbuka puasa.
satu kat sekolah menengah setia budi, gombak.
satu kat sekolah menengah ibn khaldun, shah alam.
yang kat gombak konpem gua pegi sebab gua bawa diri je.
yang menjadi masalah, buka puasa kat shah alam.
celah mana gua nak cari bihun goreng??
takkan gua kena masak??

baik gua buat berbuka kat rumah je bihun goreng tu.
boleh gak jimat duit minyak.
yedak?


p/s: siapa cakap jadi abang tak seronok? dapat makan free kot!


*****


"esok saya balik! esok nak bukak 'mekdi' boleh? *wink2 :D"

p/s: ni satu hal. sms kakcik gua ni macam mana pulak gua nak handle? 

Monday, August 8, 2011

kantoi rokok #1

jam menunjukkan pukul 4:30 petang. masa ni gua tengah layan Pro Evolution Soccer 6 ngan Afiq, adik gua. tengah sedap gua membelasah beliau, Haji Bahari bersuara dari luar bilik.

"kabel usb kamera ni lu letak mana?"

"ada dalam laci almari baju gua", balas gua selamba tanpa memikirkan masa depan.

lebih kurang 5 minit, Hj Bahari bersuara lagi.

"ni rokok sapa?"

perghhh! macam mana gua nak jawab ni. tak pernah Hj Bahari tanya gua soalan killer macam ni. takkan gua nak balas,"Afiq isap rokok eh?". mau makan kaki saiz 7 gua petang tu. gua tergamam. gua lepaskan controller sambil membiarkan adik gua kejar balik gua punya skor. kepala ligat mencari jawapan. muka gua biarkan mengadap PC, kononnya khusyuk main game.

"rokok apa?"

"rokok dalam laci ni. rokok putih merah (masa tu L&M menjadi santapan)".

"rokok......gua".

tulang belakang gua dah standby nak mamah tumit kaki Haji Bahari. gua kuatkan semangat. suasana sunyi 10 minit. jantung gua tunggu masa nak tercabut. adik gua hilang secara tiba-tiba dari pandangan. kalo tak boleh gak gua cari modal alih topik. gua tunggu respon Hj Bahari.

"janganlah hisap rokok...bahaya." sound Hj Bahari lembut dan terus blah dari bilik gua.

*****

p/s: amacam? Hj Bahari memang cool kan?

Thursday, August 4, 2011

boleh tahan sweet gak lu eh?

Even it hurts or it's gonna be the most painful thing i have to do, it's better to have someone and it's better to be you. i might be selfish here and it may not be enough for you, but i'm trying here so i want you to be there when i need you. that's it. except i'm scared as hell to want you but here i am, wanting you anyway. and the fear..of course, the fear means i have something to lose.


*****

gua rasa macam pernah baca je ayat ni.
tapi kat mane eh?



p/s: ok. lu dah boleh delete entri lu. gua tak kisah. keh3.

Tuesday, August 2, 2011

gua nak tido la!

sekarang pukul 3 pagi. gua ulang..PAGI! tapi pehal takleh tido lagi ni! nak kata gua lapar, gua dah bantai kaw-kaw time bukak puasa tadi. rokok pun dah 3 batang gua abiskan. menguap pun gua rasa dah 18 kali dalam 1 minit. ape cerita ni? macam mana gua nak bangun sahur nanti? macam mana gua nak gerak pegi opis awal? kalau gua gerak lambat, konpem-konpem gua kena balik lambat. gua nak balik awal esok! gua nak balik pukul 4 gak! gua tekanan boleh? lagu yang gua tengah dengar sekarang ni pun bukan main lagu jiwang, tangkap lentok baik punya, kasi mood tido tu datang. tapi, HARAM! takde hasil langsung! ada orang cakap gua takleh tido sebab gua excited. betul ke? mungkin ada la kot sikit-sikit. tapi takkan sebab excited gua tak boleh tido! gua bukan jenis macam tu kot! alang-alang gua tak boleh nak tido, baik gua fikir pasal masa depan gua. yedak? ada gak pekdahnya. so, aim gua, start bulan Ramadhan yang mulia ni, gua ingat gua nak berubah. dan semestinya ke arah yang lebih baik. plan gua, gua nak jaga solat gua, gua nak start baca Al-Quran dan gua nak slow-slow stop smoking. gua pelik, time bulan puasa je memang ringan gila kaki gua nak pegi masjid, tangan gua nak bukak Al-Quran dan tak smoking dalam masa 12 jam! pehal time bulan lain gua liat gila babi! kenapa gua tak boleh nak teruskan kehidupan gua macam gua buat time bulan puasa? jujur gua cakap, alhamdulillah, doa-doa gua banyak yang Allah makbulkan. walaupun secara tidak sedar. dari bab rezeki, sampailah masuk bab jodoh. gua je yang bodoh sombong. tak reti nak bersyukur. gua tak nampak yang Dia dah bagi gua peluang kedua untuk hidup. Dia nak gua berubah. terima kasih Allah. Insya-Allah, gua akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

p/s: sekali-sekala masuk bab-bab muhasabah diri apa salahnye. yedak?

Monday, August 1, 2011

gua sayang incik boss!

1 Ramadhan @ 3 petang:

gua: huargghhh! mengantuk gila!

boss: lu puasa eh harini? biasa lu orang tido pukul berapa? bangun sahur pukul berapa?

gua: lagi mau tanya? pukul 12. kadang-kadang pukul 1. kalau sahur biasa pukul 4. kadang-kadang terlajak sampai pukul 5. pehal lu tanya?

boss: pehh. boleh tahan. lu mesti letih gila babi kan?

gua: lu rasa? lu try la buat macam gua. seharian lu tak makan, tak minum. ada bran?

boss: lu gila? tengok muka lu pun gua dah tau. (cilaka. nak bagitau muka gua tak hensem la tu.)

gua: tau pun. sebab tu gua tak produktif hari ni. sekarang ni pun gua dah tak boleh nak fikir apa-apa. otak gua dah kosong.

boss: takpela. kalau lu rasa tak larat sangat, lu rehat la dulu. lu nak tido pun takpe. gua takdehal. 

gua: gua tido dulu boss!

*****

walaupun boss gua india mari, tanah besar punya india, macam mana gua tak sayang boss gua?


p/s: perbualan kami dalam bahasa omputeh tinggi. gua translate mana tau ada yang tak paham.

Saturday, July 30, 2011

jangan nak lampi sangat boleh?

 
 
 
 
 
 
 
 
one day, i hope you will be mine..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 p/s: amacam? tak cukup sweet ke? and yes! i really mean it.

Monday, July 18, 2011

klinik gigi.

doktor: adik lu ni ada tiga gigi berlubang. nak gua tampalkan semua?

gua: laa tiga je ke? gua nampak macam banyak. ermmm..satu gigi kira macam mana?

doktor: takde la mahal sangat..RM100 je.

gua: ermmmmmm...macam ni la doktor. tampal satu je la dulu. gua rasa yang dua lagi tu adik gua boleh handle kot.

*****

p/s: hujung bulan kot! normal apa! 

Sunday, June 26, 2011

gua nak letak video awek gua boleh?

aaaahhh!
semua orang nak citer pasal awek, gua pun nak jugak.
lu orang menyampah? 
pegi laa mampos.



btw, gua bahagia dengan awek baru gua sekarang.
terima kasih Allah.
25/6/2011.
tarikh keramat kami.

kepada awek lama yang masih setia dengan gua, gua tetap sayang lu.

true love.


tanggungjawab.

semalam gua pegi sekolah adik gua yang Form 5 dekat Gombak.gua pegi untuk amik result adik gua.kenapa gua yang pegi? jangan tanya.malas gua nak cerita panjang.lagipun gua kan abang yang baik.

lepas gua register nama sebagai penjaga, gua masuk dewan jumpa cikgu kelas.

"gua nak amik result untuk adik gua."

"ni result adik encik untuk exam midterm."

boleh tahan gak result adik gua ni..3A.ok apa? gua time sekolah dulu nak dapat 3A bukan main susah lagi.trial gua pun 3A je.adik gua midterm dah 3A.yang 'fail' jangan cakap ar.matematik tambahan, fizik, biologi..kompem-konpem tiap kali exam gua fail.kah3!

"lu rasa result macam ni ok tak?"

"ok je.dalam kelas pun dia dapat no 8.ada peningkatan kalau nak compare dengan exam lepas."

"tengok abang laa" bisik gua dalam hati.

"adik encik belajar takde masalah.dia pandai.cuma kena usaha lebih sikit." ayat tipikal untuk jaga hati mak bapak.takkan nak cakap direct.gila?

"emm...macam mana dia dalam kelas cikgu?"

"dalam kelas dia rajin..aktif..bla bla bla.."

"emmm..dia ada tido dalam kelas tak?"

"jarang gila..bla bla.."

"emmm..dia ada ponteng kelas tak?"

"kat sini susah nak ponteng sebab duduk asrama..bla bla bla..bas datang amik..bla bla bla.."

"kalau macam tu ok la.gua balik dulu.terima kasih."

gua dah takde modal nak tanya apa.gua tanya apa yang gua pernah buat masa gua kat sekolah dulu je.kira ok la dari tak tanya langsung.yedak? nasib baik gua tak tanya adik gua 'smoking' ke tak.

p/s: ingat senang nak jadi abang?