Friday, November 12, 2010

hati sakit siapa yang tau.

semalam..ke 2 hari lepas.gua tak berapa pasti.tapi apa yg gua pasti en.P memang dah tak perlukan gua lagi.dengan rasmi beliau memutuskan perhubungan kami selama 5 tahun suka-suka hati je.dasar kacang lupakan kulit!

*****

tetettt..tetetttt...gua dapat mesej.

member mama gua: surat en.P da sampai rumah.

gua: bukak2.tengok apa beliau nak. (gua dah dapat agak)

member mama gua: tahniah kerana anda telah mendapat segulung ijazah...bla..bla..tapi kami tidak mempunyai tempat..bla..bla..surat pembayaran pinjaman..bla..bla..boleh pegi mampos.

gua: ok.tq.

*****

gua sedih.gua rase nak bogel je.tapi gua tahan demi maruah gua.gua fikir balik.semua ni mungkin ada hikmah yang gua tak tau.Dia saja yang Maha Mengetahui.

plan gua selepas ni:

1) gua nak mencari mana-mana pilihan yang berkenan di hati gua tanpa memikirkan perhubungan gua dengan en.P.kira gua boleh jadi player la lepas ni kan?

2) dalam surat cinta untuk pilihan hati gua, gua nak letak gambar paling seksi yang gua pernah ada.kasi en.P cemburu.kasi beliau menyesal lepaskan gua.

kesedaran sivik yang gua dapat:

1) kaya tak guna kalau hati tak ada.hahaha.

2) jangan menaruh harapan terlalu tinggi pada sesuatu yang tidak pasti.

3) rezeki ada di mana-mana.rilek sudah.

4) Dia tau apa yang terbaik untuk kita.

kepada rakan-rakan seangkatan gua yang senasib ngan gua lepas ni boleh cari gua untuk sesi kaunseling.kah3!

p/s: orang cakap nak murah rezeki amalkan solat dhuha. jadi gua dah taknak tinggal solat dhuha lepas ni.hehe.

Tuesday, November 9, 2010

gua cuak.lu orang cuak tak?

sejak akhir-akhir ni ade la 5-6 orang member gua dapat surat perpisahan dari en.P.beliau sudah buat hal.kalau gua cakap gua tak cuak memang gua tipu la.sumpah gua cuak!

untuk pengetahuan lu orang, gua ni dah bersama en.P selama 5 tahun.setia tak gua? mane boleh tinggal suka-suka.en.P ni kaya kot! en.P dah banyak support gua.belanja gua makan,minum,rokok,komputer pun beliau support gua cakap lu.kalau lu orang jadi gua, lu orang nak tinggalkan en.P? sudah tentu tidak!

sepanjang gua bersama en.P, dah banyak aktiviti gua buat bersama beliau.en.P dah banyak bagi gua sijil sebagai tanda penghargaan bersama beliau.tapi..semua sijil gua ilang beb! bodoh tak gua? ok.tu mungkin salah gua.gua cuai.tanpa sijil-sijil tu macam mane gua nak cari makan.

pesanan untuk en.P: macam mane gua nak bersama orang lain kalau sijil-sijil gua ilang.gua berharap kat lu je ni.tolong bagi peluang gua nak bersama lu lagi 10 tahun.please! please! please!

*****

walau apa pun keputusan en.P, gua terima dengan hati yang terbuka.mungkin semua ni ada hikmah yang gua sendiri pun tak tahu.hidup mesti mau ceria. =)

Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan urusanku di dunia dan di akhirat nanti. Amin.

Sunday, October 31, 2010

saya sayang awak.

(ini entri jiwang.lu orang jaga-jaga)

sayang.
macamana keadaan awak kat sana eh?
walau awak jauh.tapi awak tetap dalam hati saya.
awak jaga diri elok-elok.
saya tau awak pandai jaga diri kan.

sayang.
ada sebab kenapa saya taknak bawak awak balik time konvo aritu.
bukan saja-saja.
kalau saya bagitau sebab nanti awak merajuk.
saya nak jaga hati awak.
sebab saya sayang awak.

sayang.
dah banyak saya invest untuk awak.
awak pun dah banyak berjasa untuk saya.
saya takkan tinggalkan awak.
saya sayang awak!

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


sayang saya.

*****

gua ada sorang member.nama dia mazuan ibrahim.mamat ni hensem.macho.jambu.baik.sopan-santun.peramah.pemurah.penyayang.semua ada.sumpah tak tipu! nasib baik gua straight.kalo tak gua dah rembat.

p/s:mazuan! nanti ko tolong poskan TAH aku eh.aku bagi upah.aku 'bank-in'kan duit kunci ngan duit pos sekali.hehe.sayang ko!

Saturday, October 23, 2010

lama sial!

pehh..dah lama gua tak update blog.dah bersawang dah blog gua.nasib baik 'beliau' pandai jaga diri.kalau tak letih gua.

gua tengah on the way nak setup bisnes tapi macam mana nak start ni...hurmmm.

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya!

aku rasa belum terlambat aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk famili aku (walaupun tahun ni kami beraya di KL.pefak?) termasuklah sanak saudara, member-member, dan tak lupa jugak kepada.....

aku nak mintak maaf kalau aku ada salah dan silap ngan korang terutamanya ngan mak ayah aku (aku takleh mintak maaf direct.nanti meleleh jatuh stended depan adik-adik).aku ni manusia biasa.

p/s: aku sedih Ramadhan dah berlalu.sumpah aku sedih! tapi ada 1 sebab kenapa aku gembira.korang rasa sebab apa? makan? korang gila ka? aku on diet kot!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, September 7, 2010

mari mengaji

selepas sahur tadi first time gua tengok rancangan KALAMULLAH.TV3 kot..ke TV9 gua tak berapa pasti.gua layan rancangan tu sebab adik adik gua tengah tengok.untuk pengetahuan lu orang, rancangan ni tunjuk bakat adik adik kita mengaji.dengan merdu dan mendayu dayu.kalah gua beb.malu tak payah cakap.nasib baik mak ayah gua tak tengok skali.kalau tak...

mase tu ade sorang budak gua bajet umur dalam 9 tahun tengah mengaji.gua tengok mata dia juling.gua respek ini budak.juling juling pon boleh masuk TV.gua yang hensem pon tak lepas-lepas lagi.lepas abis beliau mengaji, host rancangan tu bagi sepatah dua kata.

"itulah bacaan adik Abdullah (gua yang bagi nama) yang tidak dapat mencelikkan mata tapi pandai membacakan ayat ayat suci Allah.kita yang dapat membuka mata, dapat melihat ayat-ayat Al-Quran, dapat membaca dengan mudah tanpa menggunakan tulisan Braille, adakah kita membaca ayat ayat suci Al-Quran ini? nikmat mata yang kita dapat ni Allah boleh tarik bila-bila masa kalau kita tak menggunakan sebaik-baiknya.orang yang tidak mampu melihat pun pandai mengaji, kenapa kita tidak? lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.renung-renungkan dan selamat beramal."

adik Abdullah! gua nak mintak maaf sama lu! kalau lu baca blog gua, gua nak kasi tau yang gua respek sama lu.dah besar nanti jangan jadi macam...

selepas subuh gua terus capai Al-Quran, abiskan 1 juzuk.walaupun mata gua dah barai.gua nekad.lepas ni mata gua nak jaga.gadis-gadis yang berpakaian tak senonoh sila blah dari pandangan gua.gua dah taknak pakai spek itam.

p/s:doakan gua berjaya mengamalkan pembacaan Al-Quran setiap hari.

 *****

sepatah dua kata yang last skali gua tambah.1 juzuk tu pon gua tambah.hehe.tak baik menipu bulan puasa.

pesanan gua pada diri sendiri dan lu orang: BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI WALAUPUN 1 MUKASURAT.peace!

Wednesday, September 1, 2010

kemalangan

dalam perjalanan dari PASIR PUTEH ke PAKA, sedang enak memecut 100km/j, tetibe terpaksa brek mengejut.fakkk! jemmm laa pulak.

sampai je tempat kejadian kelihatan motor-motor bergelimpangan dalam parit.darah sana sini.peluh jangan cakap la.pehhhh!! horror habes.terus mama soh baca doa naek Pajero wat kali ke-18.

nostalgia lame muncul kembali...

*****

"ko tepon tits (bukan nama sebenar) weii..ak tengah bengong ni.tak tau hape"..ayat ni aku ulang 88 kali biler manusia-manusia talipon aku pada malam kejadian tanya pasal ke'eksiden'an aku.sumpah aku tak hengat ape.

tits bagitau yang kitorang eksiden sebab tayar kete masuk lopak air.terbabas.kepala aku terhantuk kat stereng.sebab tuh tak sedar kot.keesokan pagi baru aku sedar sepenuhnye.pergi wat repot dengan tits kat balai polis.tengok kete.kitorang gelak.aku pon tak tau apa pasal kitorang boleh bantai gelak kat situ.(sila lihat gambar di bawah untuk mencari jawapan)

lu orang teka ini kereta apa?
babi tits ko boleh gelak.
keychain chelsea kesayangan! aarrgghh !!
kecederaan parah penulis.abaikan bulu-bulu.

fakta: dengan kelajuan 80km/j..tayar kete tak akan mencecah jalan (terapung @ terbang) jika melalui lopak air.jadi, sape sape nak berjalan atas air sila berjalan dengan kelajuan itu.insyaAllah boleh.

*****

ade 3 golongan driver atas jalan:
1) laju tak hengat.golongan ni boleh layan selekoh 289km/j.
2) laju dan selamat.jalan lurus bantai 274km/j tapi layan selekoh berpada-pada.
3) slow dan steadi.bawak 18km/j selama-lamanya.(terus teringat member aku.terpaksa berenti kete untuk pakai seatbelt.tapi sekarang die dah otai beb.sambil layan selekoh, sambil gayut ngan awek, sambil pakai spender, sambil makan megi,skali skala sambil basuh pinggan dah boleh pakai seatbelt tanpa perlu berenti.tapi kelajuan masih 18km/j)

moral of da story: TUNGGANG DENGAN CERMAT.INGATLAH ORANG TERSAYANG.TU PON KALAU ADE ORANG SAYANG.