Thursday, December 30, 2010

gua sayang bella si gadis urban!

tadi Bon Jovi call gua..

Bon Jovi: babiii!

gua: lu pehal?

Bon Jovi: semalam besday lu! cibaii buat senyap! fakkk!

gua: HAHAHAHAHA!

Bon Jovi: kat fesbuk pun takde lu punya besday!

gua: gua kan low profile.keh3!

*****

semalam besday gua. gua ni jenis tak bising pasal besday.dekat fesbuk durjana pun gua tak letak.bagi gua besday simpan sorang-sorang sudey.nak kecoh buat apa.kalau dapat iPhone4 boleh gak gua nak kecoh-kecoh.dan dalam masa 22 tahun jugak gua tak pernah di'suprise'kan oleh masyarakat sekeliling gua.

*****

tadi gua satu family pegi amek Hj Bahari kat LCCT.beliau baru sampai dari Miri.cuti 4 hari.en.P ni takdelah kedek sangat rupanya.balik dari LCCT, Hj Bahari ajak makan kat Dengkil.nama restoran 'Sri Pulau'.nasi goreng ikan masin die sumpah torr!

mase tu kedai tengah pasang game liverpool dengan spurs.liverpool kena 2-1.game lama.gua tengok liverpool main macam malaysia.superb! memang gua layan.kerusi gua membelakangkan tv.jadi gua terpaksa pusingkan kerusi.kira posisi gua sekarang membelakangkan meja.

tengah gua syok layan game, adik gua cuit gua.gua pusing, gua nampak sesuatu.sebiji kek secret recipe dihiasi 22 biji lilin.ada tulisan atas kek.

"awesome statement: 
malaysia won AFF Suzuki Cup one day before my birthday."

terus gua tarik nafas.tunduk muka.lap-lap sket.bila emosi gua da stabil baru gua angkat muka.kah3! terharu beb! pandai sial adik gua main perasaan.

p/s: gua ada adik nama Bella.lu orang ada ke?

Thursday, December 16, 2010

manusia sekarang memang tak sedar diri.

semalam gua bersama 2 orang member gua melawat uptown danau kota.member gua tertarik dengan 1 kedai perfume ni.member gua pun tanya la apa-apa yang patut.gua pun nak tunjuk hebat gak.terus gua bersuara.

"armani attitude ada tak bang?"

terus mamat tu buat muka mintak siku.


*****


lu lelaki bro.jantan! kalau lu expect gua nak panggil lu akak memang lu boleh pegi mampos ar.faking shit!


Friday, December 3, 2010

1 step ahead dude.

website serunding aku akan diterbitkan tidak lama lagi.
HAHAHAHAHA.
aku gembira! 

nantikan kemunculan unggul beliau buat kali pertama di dunia maya!

Thursday, December 2, 2010

orang kaya.apa ada hal?

dulu gua tak pernah terfikir nak main sukan ni.sebab apa? ini sukan orang kaya!

dan untuk pengetahuan lu orang jugak, gua ni kurang tinggi.bukan pendek.orang cakap, untuk orang macam gua ni memang susah nak main sukan macam ni.orang cakap la bukan gua yang cakap.

untuk membuktikan semua itu adalah karut, gua mula berjinak-jinak dengan sukan ni.

hasilnya....

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+



ni sifu utama gua.beliau yang hasut gua maen mende alah ni.beliau sanggup payung gua.macam ni la sifu yang disayangi.


assistant kepada sifu gua.mamat ni gaya main sumpah cun! gua rasa mamat ni kene pakai pembaris masa main kot.baru bola boleh pergi lurus.


haaa.lu orang jangan main-main.tiger woods main macam gua.gaya sumpah sama! cuma posisi bola je tak berapa nak betul.hehe.


gua ade anak murid.mamat ni anak murid gua.walaupun gua baru dalam bidang ni, tapi dah ada orang nak bertapa dengan gua.kira gua ni boleh tahan hebat la.tapi mamat ni cepat belajar.gua rasa sebab badan mamat ni 'ngam' dengan kayu kot.

p/s: gua takdela rendah sangat kan?

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya Aidiladha!

Raya Aidilfitri 2009:

malam raya aku lepak kL kat umah makcik aku sebab flight balik myanmar book last minit.malam tu aku main bunga api, mercun naga, stok mercun budak-budak kecik layan.mercun bawang sah-sah la ada. aku main dengan sorang sepupu aku ni.main sambil lepak tepi kereta sambil isap okok.amacam? cool kan? (jadahnye cool.macam butoh ade la)

time ni aku raya kt myanmar.lepas balik solat raya aku makan apa-apa yang patut.pastu layan tido.bangun tido beraya umah member-member Hj Bahari.semua aku tak kenal.semua sebaya beliau.macam mane aku nak bersosial.anak member-member beliau semua tak kecik-kecik pulak.nak mengorat memang jauh sekali.jadi aku lepak luar isap okok.usha awek myanmar.

time raya ni pulak ade sorang member aku kawin.dan budak-budak sekolah aku nak wat reunion sebab member aku study kat jepun balik malaysia. aku pulak tadah muka dekat masyarakat myanmar.steady tak raya aku?

Raya Aidiladha 2009:

famili aku kat myanmar.Hj Bahari tak dapat cuti panjang.aku? memang tak dapat la aku nak balik myanmar.aku dapat cuti kejap je kalau tak silap aku.aku lepak kL.dengan famili pakcik aku.lepas solat raya aku balik umah tido.setel raya haji aku.

Raya Aidilfitri 2010:

kali ni famili aku balik malaysia.tapi lepak kat kL jugak.taman melati.sebab? Hj Bahari tak dapat cuti panjang.macam biasa.malam raya lepak rumah tengok tv.esok jugak macam biasa solat raya.lepas tu pegi melawat sedara-mara sampai petang.sedara-mara aku kat kL tak ramai.jadi memang aku dah bajet balik rumah awal.balik umah apa lagi.tido sudaa.

Raya Aidiladha 2010:

sekarang ni malam raya, masa aku tengah tulis entri ni.lagu 'ilusi-puisi cinta' menjadi tatapan telinga aku.aku tak rasa apa-apa pun.excited tak.gembira tak.sedih pun tak.aku pun tak tau nak rasa apa sekarang.oh ye.tahun ni aku raya kat miri.Hj Bahari baru transfer kat sini.sebab kitorang raya kat sini? macam biasa.tak payah aku nak citer panjang-panjang.plan aku esok.lepas solat raya bantai tido.setel!

*****

aku rindukan raya kat kampung.bersama sedara-mara, sepupu ramai-ramai, malam raya buat macam-macam. tukar langsir umah nenek aku.susun meja kerusi.sapu karpet.cuci tingkap.bakar satay.bakar ayam.aktiviti main mercun memang tak boleh tinggal.stended kampung, bunyi mesti gempak dari kampung sebelah.tapi aku rasa macam susah nak jadi macam dulu.sebab? macam biasa.malas aku nak cerita.

raya haji pulak kalau aku raya kat selising memang aku kene kerah lapah daging korban.agih daging untuk rakyat kampung.tapi takpe.aku steady.memang aku suka.daripada tido.yedak?

kadang-kadang aku rasa macam nak jadi cikgu pun ada.hahaha.cuti pun banyak.boleh lepak dengan famili besar time-time raya.

p/s: apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua! semoga berbahagia di samping yang tersayang.

Friday, November 12, 2010

hati sakit siapa yang tau.

semalam..ke 2 hari lepas.gua tak berapa pasti.tapi apa yg gua pasti en.P memang dah tak perlukan gua lagi.dengan rasmi beliau memutuskan perhubungan kami selama 5 tahun suka-suka hati je.dasar kacang lupakan kulit!

*****

tetettt..tetetttt...gua dapat mesej.

member mama gua: surat en.P da sampai rumah.

gua: bukak2.tengok apa beliau nak. (gua dah dapat agak)

member mama gua: tahniah kerana anda telah mendapat segulung ijazah...bla..bla..tapi kami tidak mempunyai tempat..bla..bla..surat pembayaran pinjaman..bla..bla..boleh pegi mampos.

gua: ok.tq.

*****

gua sedih.gua rase nak bogel je.tapi gua tahan demi maruah gua.gua fikir balik.semua ni mungkin ada hikmah yang gua tak tau.Dia saja yang Maha Mengetahui.

plan gua selepas ni:

1) gua nak mencari mana-mana pilihan yang berkenan di hati gua tanpa memikirkan perhubungan gua dengan en.P.kira gua boleh jadi player la lepas ni kan?

2) dalam surat cinta untuk pilihan hati gua, gua nak letak gambar paling seksi yang gua pernah ada.kasi en.P cemburu.kasi beliau menyesal lepaskan gua.

kesedaran sivik yang gua dapat:

1) kaya tak guna kalau hati tak ada.hahaha.

2) jangan menaruh harapan terlalu tinggi pada sesuatu yang tidak pasti.

3) rezeki ada di mana-mana.rilek sudah.

4) Dia tau apa yang terbaik untuk kita.

kepada rakan-rakan seangkatan gua yang senasib ngan gua lepas ni boleh cari gua untuk sesi kaunseling.kah3!

p/s: orang cakap nak murah rezeki amalkan solat dhuha. jadi gua dah taknak tinggal solat dhuha lepas ni.hehe.

Tuesday, November 9, 2010

gua cuak.lu orang cuak tak?

sejak akhir-akhir ni ade la 5-6 orang member gua dapat surat perpisahan dari en.P.beliau sudah buat hal.kalau gua cakap gua tak cuak memang gua tipu la.sumpah gua cuak!

untuk pengetahuan lu orang, gua ni dah bersama en.P selama 5 tahun.setia tak gua? mane boleh tinggal suka-suka.en.P ni kaya kot! en.P dah banyak support gua.belanja gua makan,minum,rokok,komputer pun beliau support gua cakap lu.kalau lu orang jadi gua, lu orang nak tinggalkan en.P? sudah tentu tidak!

sepanjang gua bersama en.P, dah banyak aktiviti gua buat bersama beliau.en.P dah banyak bagi gua sijil sebagai tanda penghargaan bersama beliau.tapi..semua sijil gua ilang beb! bodoh tak gua? ok.tu mungkin salah gua.gua cuai.tanpa sijil-sijil tu macam mane gua nak cari makan.

pesanan untuk en.P: macam mane gua nak bersama orang lain kalau sijil-sijil gua ilang.gua berharap kat lu je ni.tolong bagi peluang gua nak bersama lu lagi 10 tahun.please! please! please!

*****

walau apa pun keputusan en.P, gua terima dengan hati yang terbuka.mungkin semua ni ada hikmah yang gua sendiri pun tak tahu.hidup mesti mau ceria. =)

Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan urusanku di dunia dan di akhirat nanti. Amin.

Sunday, October 31, 2010

saya sayang awak.

(ini entri jiwang.lu orang jaga-jaga)

sayang.
macamana keadaan awak kat sana eh?
walau awak jauh.tapi awak tetap dalam hati saya.
awak jaga diri elok-elok.
saya tau awak pandai jaga diri kan.

sayang.
ada sebab kenapa saya taknak bawak awak balik time konvo aritu.
bukan saja-saja.
kalau saya bagitau sebab nanti awak merajuk.
saya nak jaga hati awak.
sebab saya sayang awak.

sayang.
dah banyak saya invest untuk awak.
awak pun dah banyak berjasa untuk saya.
saya takkan tinggalkan awak.
saya sayang awak!

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


sayang saya.

*****

gua ada sorang member.nama dia mazuan ibrahim.mamat ni hensem.macho.jambu.baik.sopan-santun.peramah.pemurah.penyayang.semua ada.sumpah tak tipu! nasib baik gua straight.kalo tak gua dah rembat.

p/s:mazuan! nanti ko tolong poskan TAH aku eh.aku bagi upah.aku 'bank-in'kan duit kunci ngan duit pos sekali.hehe.sayang ko!

Saturday, October 23, 2010

lama sial!

pehh..dah lama gua tak update blog.dah bersawang dah blog gua.nasib baik 'beliau' pandai jaga diri.kalau tak letih gua.

gua tengah on the way nak setup bisnes tapi macam mana nak start ni...hurmmm.

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya!

aku rasa belum terlambat aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk famili aku (walaupun tahun ni kami beraya di KL.pefak?) termasuklah sanak saudara, member-member, dan tak lupa jugak kepada.....

aku nak mintak maaf kalau aku ada salah dan silap ngan korang terutamanya ngan mak ayah aku (aku takleh mintak maaf direct.nanti meleleh jatuh stended depan adik-adik).aku ni manusia biasa.

p/s: aku sedih Ramadhan dah berlalu.sumpah aku sedih! tapi ada 1 sebab kenapa aku gembira.korang rasa sebab apa? makan? korang gila ka? aku on diet kot!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, September 7, 2010

mari mengaji

selepas sahur tadi first time gua tengok rancangan KALAMULLAH.TV3 kot..ke TV9 gua tak berapa pasti.gua layan rancangan tu sebab adik adik gua tengah tengok.untuk pengetahuan lu orang, rancangan ni tunjuk bakat adik adik kita mengaji.dengan merdu dan mendayu dayu.kalah gua beb.malu tak payah cakap.nasib baik mak ayah gua tak tengok skali.kalau tak...

mase tu ade sorang budak gua bajet umur dalam 9 tahun tengah mengaji.gua tengok mata dia juling.gua respek ini budak.juling juling pon boleh masuk TV.gua yang hensem pon tak lepas-lepas lagi.lepas abis beliau mengaji, host rancangan tu bagi sepatah dua kata.

"itulah bacaan adik Abdullah (gua yang bagi nama) yang tidak dapat mencelikkan mata tapi pandai membacakan ayat ayat suci Allah.kita yang dapat membuka mata, dapat melihat ayat-ayat Al-Quran, dapat membaca dengan mudah tanpa menggunakan tulisan Braille, adakah kita membaca ayat ayat suci Al-Quran ini? nikmat mata yang kita dapat ni Allah boleh tarik bila-bila masa kalau kita tak menggunakan sebaik-baiknya.orang yang tidak mampu melihat pun pandai mengaji, kenapa kita tidak? lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.renung-renungkan dan selamat beramal."

adik Abdullah! gua nak mintak maaf sama lu! kalau lu baca blog gua, gua nak kasi tau yang gua respek sama lu.dah besar nanti jangan jadi macam...

selepas subuh gua terus capai Al-Quran, abiskan 1 juzuk.walaupun mata gua dah barai.gua nekad.lepas ni mata gua nak jaga.gadis-gadis yang berpakaian tak senonoh sila blah dari pandangan gua.gua dah taknak pakai spek itam.

p/s:doakan gua berjaya mengamalkan pembacaan Al-Quran setiap hari.

 *****

sepatah dua kata yang last skali gua tambah.1 juzuk tu pon gua tambah.hehe.tak baik menipu bulan puasa.

pesanan gua pada diri sendiri dan lu orang: BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI WALAUPUN 1 MUKASURAT.peace!

Wednesday, September 1, 2010

kemalangan

dalam perjalanan dari PASIR PUTEH ke PAKA, sedang enak memecut 100km/j, tetibe terpaksa brek mengejut.fakkk! jemmm laa pulak.

sampai je tempat kejadian kelihatan motor-motor bergelimpangan dalam parit.darah sana sini.peluh jangan cakap la.pehhhh!! horror habes.terus mama soh baca doa naek Pajero wat kali ke-18.

nostalgia lame muncul kembali...

*****

"ko tepon tits (bukan nama sebenar) weii..ak tengah bengong ni.tak tau hape"..ayat ni aku ulang 88 kali biler manusia-manusia talipon aku pada malam kejadian tanya pasal ke'eksiden'an aku.sumpah aku tak hengat ape.

tits bagitau yang kitorang eksiden sebab tayar kete masuk lopak air.terbabas.kepala aku terhantuk kat stereng.sebab tuh tak sedar kot.keesokan pagi baru aku sedar sepenuhnye.pergi wat repot dengan tits kat balai polis.tengok kete.kitorang gelak.aku pon tak tau apa pasal kitorang boleh bantai gelak kat situ.(sila lihat gambar di bawah untuk mencari jawapan)

lu orang teka ini kereta apa?
babi tits ko boleh gelak.
keychain chelsea kesayangan! aarrgghh !!
kecederaan parah penulis.abaikan bulu-bulu.

fakta: dengan kelajuan 80km/j..tayar kete tak akan mencecah jalan (terapung @ terbang) jika melalui lopak air.jadi, sape sape nak berjalan atas air sila berjalan dengan kelajuan itu.insyaAllah boleh.

*****

ade 3 golongan driver atas jalan:
1) laju tak hengat.golongan ni boleh layan selekoh 289km/j.
2) laju dan selamat.jalan lurus bantai 274km/j tapi layan selekoh berpada-pada.
3) slow dan steadi.bawak 18km/j selama-lamanya.(terus teringat member aku.terpaksa berenti kete untuk pakai seatbelt.tapi sekarang die dah otai beb.sambil layan selekoh, sambil gayut ngan awek, sambil pakai spender, sambil makan megi,skali skala sambil basuh pinggan dah boleh pakai seatbelt tanpa perlu berenti.tapi kelajuan masih 18km/j)

moral of da story: TUNGGANG DENGAN CERMAT.INGATLAH ORANG TERSAYANG.TU PON KALAU ADE ORANG SAYANG.


Monday, August 30, 2010

merdeka!

di saat menjelang jam 12 malam, maka berkeliaranlah monyet-monyet yang kekurangan kasih sayang di jalanan sambil membawa jalur gemilang bagi menunjukkan erti kemerdekaan mereka.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN! peace!

Sunday, August 29, 2010

serunding datang lagi.

Tempahan SERUNDING/SAMBAL DAGING sempena bulan Ramadhan or Hari Raya (selepas Raya pon tempahan masih di ambil.hebat x?). Sape2 berminat leh kontek aku (zahid) melalui:
1. Phone No : 019-5212481
2. Gmail : kakicipan@gmail.com

Serunding ni aku amek dr Kelantan..gerenti sedap !! Bukan setakat sedap..tahan lame lg. Kalo korg nak simpan 2 3 bulan pon xde hal ar..ak jamin !! Sudah 2 tahun berkecimpung dalam dunia serunding. Setakat ni pelanggan berpuas ati. Siyes tak tipu.
Serunding ni HOME MADE..bukan wat kt kilang. So paham2 jela kualiti die yg superb.. =)
[ RM10 for 200g ]
Harga ni memang murah kalo nk dibandingkan ngn kualiti die.. Aku berani jamin yg korg akan berpuas ati ngn serunding ni. Tempahan untuk 5 kg ke atas akan diberikan harga borong.
DELIVERY TO YOUR DOORSTEP (fuyo0o0o!!!)



selamat.selamat.

assalamualaikum w.b.t.

aku nk gelak dulu...HAHAHAHAHA.aku tulis blog? aku bukan seorang penulis yang hebat.maaf.

ini blog aku.aku tak tahu kenapa aku tulis blog.aku seorang penganggur..setakat ini.idea tulis blog ni sebenarnya untuk tujuan aku berbisnes. (kalau ade orang baca laa.hahaha.tolong la baca blog aku weii!)


di samping mencari pendapatan untuk menyara keluarga dapat gak aku menghilangkan kebusanan di hati.tak gitu?


aku pendatang baru dalam dunia per'BLOG'an.sila beri tunjuk ajar.terima kasih! =)

sebelum terlambat, SELAMAT BERPUASA!