Friday, November 25, 2011

ucapan untuk lu.

ada orang cakap lu pelik.

ada orang cakap lu sombong.

ada orang cakap lu lampi.

tapi...

tapi...

tapi...

ada gua kisah??


SELAMAT HARI LAHIR AWAK! :)


nak hadiah? balik tahun depan!



love,
en.wonderwall.

Saturday, November 5, 2011

daging sup masak pedas dengan budu.

tadi, umi gua mesej, "esok kakcik nak masak apa?"
 
"masak apa? kitorang makan jela apa ada. apa ada hal." 

*****

nasib baik adik-adik gua ada kat rumah sekarang. 
kalau tak, memang gua dah tido sampai lusa.
raya?
dah biasa.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



p/s: semayang raya biasa pukul lapan ke lapan setengah eh? gua dah konpius.


Friday, October 28, 2011

tanggungjawab #2

hari tu hari amek result trial spm kakcik. gua tak ingat bila. tapi hari jumaat. lepas semayang jumaat, lepas gua main snooker dengan opismate gua, terus gua shoot sekolah kakcik. sapa-sapa yang pernah masuk tempat snooker, baju boleh bau rokok yang amat kuat. sumpah gua tak tipu. kalau tak percaya, sila masuk.

nak dijadikan cerita..

gua: assalamualaikum cikgu. gua nak amek result trial adik gua.

cikgu: waalaikumussalam. result adik lu ok. 4A. tapi 3 subjek fail.

gua: ooo eh? ok la tu.

cikgu: lu dah kawin?

gua: errkk..gua muda lagi kot. perjalanan hidup gua masih panjang. keh3.

cikgu: ooo..dah kerja?

gua: dah. ni baru balik opis la ni.

cikgu: lu kerja apa?

gua: biasa-biasa je. kerja makan gaji. cukup la nak hidup sorang-sorang.

gua dah tak senang duduk. asal gua yang kena interview? rupa gua ni macam tak boleh harap ke? gua syak cikgu tu nak pastikan yang kakcik dijaga dengan baik oleh penjaga yang baik dan soleh. gua rasa la. gua dah panas punggung.

gua: takpela cikgu. gua mintak diri dulu eh.

*****

"ok la tu 4A. trial abang dulu 3A je. fail pun 4 ketul. boleh je berjaya. apa ada hal." gua sempat sound kakcik kat sebelah gua sebelum gua blah. harap-harap cikgu kakcik tak dengar. kalau tak siapa nak jadi penjaga kakcik lepas ni?

Tuesday, October 18, 2011

suatu petang yang hening...

boss: jam lu berapa rat?

gua: murah je bos. 6 rat lebih.asal lu tanya?

boss: serius 6 rat lebih? lu tau gua punya jam berapa?

gua: tengok brand jam lu, gua agak-agak dalam seribu lebih. yedak?

boss: pandai! tapi asal jam lu nampak mahal?? eh syal laa. pui!

*****

boss: asal henpon lu boleh bukak fesbuk durjana?

gua: wifi kan ada. takkan henpon lu takde wifi?

boss: henpon apa paling canggih sekarang?? sekarang gak gua mau angkat!

gua: s2. tapi dalam 2 ribu lebih. lu tak kisah ke?

boss: jom pegi low yat! sekarang!

*****

gua: bos, setakat s2 lu tak fikir panjang pun. mesti lu banyak duit kan?

boss: pehal lu tanya?

gua: pinjam duit sikit. rm****. amacam? ada bran? (nilai yang gua mintak ni,kalau mintak dengan member-member, konpem putus sahabat! sumpah gua tak tipu!)

boss: lu serius? bagi no akaun lu. sekarang gak gua bank in. tapi bayar balik!


*****




p/s: kurang 2 bulan nak cukup 5 tahun. so, 4 tahun 10 bulan. sekarang tinggal lagi 3 tahun 7 bulan. ada tak tiket flight yang gua boleh book 3 years in advance?

Saturday, September 24, 2011

hidup adalah anugerah.

"acar ni kamu nak makan tak? kalau tak nak, nak buang je."
"semalam dah bungkus nasi kerabu. nanti nak makan panaskan."
"dalam peti ada sikit kek lapis sarawak. boleh la makan nanti kalau desperate."
"dah beli rice cooker kecik untuk masak nasi."
"kalau rasa nak makan sedap, celur mee, goreng dengan perencah ni, setel."
"baju kalau dah kering, lipat, jangan longgok. tak nak lipat biarkan bergantung."
"ni sambal ikan bilis kalau nak makan nasi takde lauk."


terima kasih umi! T_T


dalam sehari, dua orang yang gua sayang pergi jauh. bila emosi gua boleh kembali normal ni...



 *****


p/s: first time dalam hidup gua menangis sebab gadis. cane?

Sunday, August 21, 2011

chill dude!

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada ertinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tuhan pastikan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa

D'masiv - Jangan Menyerah


*****

p/s: you will not losing us. Insya-Allah.

pehhh! tak pasal-pasal entri gua pun dah emo sekarang. kah3! 



Thursday, August 18, 2011

kesederhanaan dalam bersahur.

5:21 am : macam biasa, "bangun!!!!"

5:25 am : panaskan nasi goreng mamak yang tinggal setengah. minggu lepas punya nasi goreng.

5:30 am : makan laju-laju.

5:35 am : nyala Winston, minum nescafe, mengadap laptop. sengih sorang-sorang macam orang gila. 

5:40 am : sakit perut, masuk jamban.

6:00 am : subuh.

6:15 am : masuk jamban lagi. damn! gua rindu Bella !!

*****

p/s: orang dah cakap, peti sejuk bukan boleh percaya! kan dah kena. padan muka! 

Thursday, August 11, 2011

colours of life!

tetettt..tetettt...

"salam. sukacita dimaklumkan PIBG SM Ibn Khaldun menganjurkan 
program berbuka puasa pada 14/8/11 di dewan terbuka SMIK. 
tuan-puan dikehendaki membawa makanan (bihun goreng)."

sms Hj Bahari pukul 8 pagi tadi.

*****

so, dengan rasminya minggu depan gua ada 2 jemputan berbuka puasa.
satu kat sekolah menengah setia budi, gombak.
satu kat sekolah menengah ibn khaldun, shah alam.
yang kat gombak konpem gua pegi sebab gua bawa diri je.
yang menjadi masalah, buka puasa kat shah alam.
celah mana gua nak cari bihun goreng??
takkan gua kena masak??

baik gua buat berbuka kat rumah je bihun goreng tu.
boleh gak jimat duit minyak.
yedak?


p/s: siapa cakap jadi abang tak seronok? dapat makan free kot!


*****


"esok saya balik! esok nak bukak 'mekdi' boleh? *wink2 :D"

p/s: ni satu hal. sms kakcik gua ni macam mana pulak gua nak handle? 

Monday, August 8, 2011

kantoi rokok #1

jam menunjukkan pukul 4:30 petang. masa ni gua tengah layan Pro Evolution Soccer 6 ngan Afiq, adik gua. tengah sedap gua membelasah beliau, Haji Bahari bersuara dari luar bilik.

"kabel usb kamera ni lu letak mana?"

"ada dalam laci almari baju gua", balas gua selamba tanpa memikirkan masa depan.

lebih kurang 5 minit, Hj Bahari bersuara lagi.

"ni rokok sapa?"

perghhh! macam mana gua nak jawab ni. tak pernah Hj Bahari tanya gua soalan killer macam ni. takkan gua nak balas,"Afiq isap rokok eh?". mau makan kaki saiz 7 gua petang tu. gua tergamam. gua lepaskan controller sambil membiarkan adik gua kejar balik gua punya skor. kepala ligat mencari jawapan. muka gua biarkan mengadap PC, kononnya khusyuk main game.

"rokok apa?"

"rokok dalam laci ni. rokok putih merah (masa tu L&M menjadi santapan)".

"rokok......gua".

tulang belakang gua dah standby nak mamah tumit kaki Haji Bahari. gua kuatkan semangat. suasana sunyi 10 minit. jantung gua tunggu masa nak tercabut. adik gua hilang secara tiba-tiba dari pandangan. kalo tak boleh gak gua cari modal alih topik. gua tunggu respon Hj Bahari.

"janganlah hisap rokok...bahaya." sound Hj Bahari lembut dan terus blah dari bilik gua.

*****

p/s: amacam? Hj Bahari memang cool kan?

Thursday, August 4, 2011

boleh tahan sweet gak lu eh?

Even it hurts or it's gonna be the most painful thing i have to do, it's better to have someone and it's better to be you. i might be selfish here and it may not be enough for you, but i'm trying here so i want you to be there when i need you. that's it. except i'm scared as hell to want you but here i am, wanting you anyway. and the fear..of course, the fear means i have something to lose.


*****

gua rasa macam pernah baca je ayat ni.
tapi kat mane eh?



p/s: ok. lu dah boleh delete entri lu. gua tak kisah. keh3.

Tuesday, August 2, 2011

gua nak tido la!

sekarang pukul 3 pagi. gua ulang..PAGI! tapi pehal takleh tido lagi ni! nak kata gua lapar, gua dah bantai kaw-kaw time bukak puasa tadi. rokok pun dah 3 batang gua abiskan. menguap pun gua rasa dah 18 kali dalam 1 minit. ape cerita ni? macam mana gua nak bangun sahur nanti? macam mana gua nak gerak pegi opis awal? kalau gua gerak lambat, konpem-konpem gua kena balik lambat. gua nak balik awal esok! gua nak balik pukul 4 gak! gua tekanan boleh? lagu yang gua tengah dengar sekarang ni pun bukan main lagu jiwang, tangkap lentok baik punya, kasi mood tido tu datang. tapi, HARAM! takde hasil langsung! ada orang cakap gua takleh tido sebab gua excited. betul ke? mungkin ada la kot sikit-sikit. tapi takkan sebab excited gua tak boleh tido! gua bukan jenis macam tu kot! alang-alang gua tak boleh nak tido, baik gua fikir pasal masa depan gua. yedak? ada gak pekdahnya. so, aim gua, start bulan Ramadhan yang mulia ni, gua ingat gua nak berubah. dan semestinya ke arah yang lebih baik. plan gua, gua nak jaga solat gua, gua nak start baca Al-Quran dan gua nak slow-slow stop smoking. gua pelik, time bulan puasa je memang ringan gila kaki gua nak pegi masjid, tangan gua nak bukak Al-Quran dan tak smoking dalam masa 12 jam! pehal time bulan lain gua liat gila babi! kenapa gua tak boleh nak teruskan kehidupan gua macam gua buat time bulan puasa? jujur gua cakap, alhamdulillah, doa-doa gua banyak yang Allah makbulkan. walaupun secara tidak sedar. dari bab rezeki, sampailah masuk bab jodoh. gua je yang bodoh sombong. tak reti nak bersyukur. gua tak nampak yang Dia dah bagi gua peluang kedua untuk hidup. Dia nak gua berubah. terima kasih Allah. Insya-Allah, gua akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

p/s: sekali-sekala masuk bab-bab muhasabah diri apa salahnye. yedak?

Monday, August 1, 2011

gua sayang incik boss!

1 Ramadhan @ 3 petang:

gua: huargghhh! mengantuk gila!

boss: lu puasa eh harini? biasa lu orang tido pukul berapa? bangun sahur pukul berapa?

gua: lagi mau tanya? pukul 12. kadang-kadang pukul 1. kalau sahur biasa pukul 4. kadang-kadang terlajak sampai pukul 5. pehal lu tanya?

boss: pehh. boleh tahan. lu mesti letih gila babi kan?

gua: lu rasa? lu try la buat macam gua. seharian lu tak makan, tak minum. ada bran?

boss: lu gila? tengok muka lu pun gua dah tau. (cilaka. nak bagitau muka gua tak hensem la tu.)

gua: tau pun. sebab tu gua tak produktif hari ni. sekarang ni pun gua dah tak boleh nak fikir apa-apa. otak gua dah kosong.

boss: takpela. kalau lu rasa tak larat sangat, lu rehat la dulu. lu nak tido pun takpe. gua takdehal. 

gua: gua tido dulu boss!

*****

walaupun boss gua india mari, tanah besar punya india, macam mana gua tak sayang boss gua?


p/s: perbualan kami dalam bahasa omputeh tinggi. gua translate mana tau ada yang tak paham.

Saturday, July 30, 2011

jangan nak lampi sangat boleh?

 
 
 
 
 
 
 
 
one day, i hope you will be mine..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 p/s: amacam? tak cukup sweet ke? and yes! i really mean it.

Monday, July 18, 2011

klinik gigi.

doktor: adik lu ni ada tiga gigi berlubang. nak gua tampalkan semua?

gua: laa tiga je ke? gua nampak macam banyak. ermmm..satu gigi kira macam mana?

doktor: takde la mahal sangat..RM100 je.

gua: ermmmmmm...macam ni la doktor. tampal satu je la dulu. gua rasa yang dua lagi tu adik gua boleh handle kot.

*****

p/s: hujung bulan kot! normal apa! 

Sunday, June 26, 2011

gua nak letak video awek gua boleh?

aaaahhh!
semua orang nak citer pasal awek, gua pun nak jugak.
lu orang menyampah? 
pegi laa mampos.



btw, gua bahagia dengan awek baru gua sekarang.
terima kasih Allah.
25/6/2011.
tarikh keramat kami.

kepada awek lama yang masih setia dengan gua, gua tetap sayang lu.

true love.


tanggungjawab.

semalam gua pegi sekolah adik gua yang Form 5 dekat Gombak.gua pegi untuk amik result adik gua.kenapa gua yang pegi? jangan tanya.malas gua nak cerita panjang.lagipun gua kan abang yang baik.

lepas gua register nama sebagai penjaga, gua masuk dewan jumpa cikgu kelas.

"gua nak amik result untuk adik gua."

"ni result adik encik untuk exam midterm."

boleh tahan gak result adik gua ni..3A.ok apa? gua time sekolah dulu nak dapat 3A bukan main susah lagi.trial gua pun 3A je.adik gua midterm dah 3A.yang 'fail' jangan cakap ar.matematik tambahan, fizik, biologi..kompem-konpem tiap kali exam gua fail.kah3!

"lu rasa result macam ni ok tak?"

"ok je.dalam kelas pun dia dapat no 8.ada peningkatan kalau nak compare dengan exam lepas."

"tengok abang laa" bisik gua dalam hati.

"adik encik belajar takde masalah.dia pandai.cuma kena usaha lebih sikit." ayat tipikal untuk jaga hati mak bapak.takkan nak cakap direct.gila?

"emm...macam mana dia dalam kelas cikgu?"

"dalam kelas dia rajin..aktif..bla bla bla.."

"emmm..dia ada tido dalam kelas tak?"

"jarang gila..bla bla.."

"emmm..dia ada ponteng kelas tak?"

"kat sini susah nak ponteng sebab duduk asrama..bla bla bla..bas datang amik..bla bla bla.."

"kalau macam tu ok la.gua balik dulu.terima kasih."

gua dah takde modal nak tanya apa.gua tanya apa yang gua pernah buat masa gua kat sekolah dulu je.kira ok la dari tak tanya langsung.yedak? nasib baik gua tak tanya adik gua 'smoking' ke tak.

p/s: ingat senang nak jadi abang?

Friday, June 17, 2011

mengigau.

" This is the documents you've requested. I have no intention to do that. Yes, I agree with you...urghhh!"

member gua bagitau ayat ni gua keluarkan pukul 4 pagi tadi masa gua tengah tido.cool kan?

p/s: sebab ni lah gua tak nak masuk opis hari sabtu.malu gua ni siapa nak tanggung??

Sunday, June 12, 2011

...

bila hati tak tenteram:

1) tak boleh tido walaupun mata gua dah barai..
2) semua makanan kat dapur gua dah telan.
3) 3 batang rokok gua dah habiskan dalam masa 20 minit.

kesimpulannya sekarang ni hati gua ada masalah.
kenapa?!
gua dah solat isyak kot!

Tuesday, May 10, 2011

masih di pejabat.

kalau gua cakap gua rindu lu, lu nak percaya tak?

baru lega.
sudah.
gua nak pulang.
selamat tinggal.

Sunday, May 1, 2011

normal seorang lelaki.

semalam gua bangun pukul 2 petang.sebab apa? sebab gua tido lepas subuh.gila nak gua bangung awal? sesudah gua berak, mandi, solat, mama gua suruh gua belikan lengkuas, asam keping dengan bawang besar.nak buat nasi ayam dengan laksa katanya.oh ya, minggu ni family gua buat reunion kat PV8.semua ada.jadi ingat nak makan besar sikit.

gua pun dengan berbekalkan last note RM5 yang gua cedok dari dalam beg duit gua, terus gua menuju ke kedai runcit mamak kat bawah.gua beli barang yang mama gua pesan secepat mungkin.gua dah lapar.lambat gua beli lambat gua dapat makan.

sampai je rumah terus je gua hilang selera nak makan.

*****

cibai lu mamak! berani lu tipu gua.kunyit lu cakap lengkuas.tau la gua ni lelaki.agak-agak ar nak kencing gua pun.macam mana mama gua nak buat nasi ayam dengan kunyit?

p/s: gua memang susah nak beza antara halia, lengkuas, dan kunyit.dari dulu lagi mama gua dah pesan.tapi haram gua nak ingat...

ini halia.

ini kunyit.

ini lengkuas.


LEBIH KURANG KOT!

Sunday, April 24, 2011

entri buat lu.

gua ada member.member gua ni pelik.lain macam punya pelik.sumpah pelik!

*****

beliau: orang laki suka tengok bola.tapi apa yang lu orang belajar dari sukan bola?

gua: teamwork..skill..disiplin..bla bla bla..

beliau: semua orang laki yang gua tanya jawab macam tu.lu orang tak ada jawapan lain ke? lu tau apa yang gua boleh belajar dari menatang tu?

gua: apa?

beliau: bila gua tengok bola tu bulat, gua akan ingat bumi, dunia.goal post tu ibarat penamat hidup.i mean akhirat.lu orang akan bawak dan jaga bola tu sampai goal post and then lu orang skor.means that lu orang akan jaga amalan lu orang atas muka bumi ni untuk akhirat.

gua: style!

*****

tapi gua tak kisah.pelik lu jenis pelik yang gua boleh handle lagi.keh3.

p/s: yes, men are complicated but women are more complicated.

Tuesday, April 19, 2011

jualan murah!

harini gua nak tolak 1 barang baikkk punya! barang yang gua nak tolak ni sesuai untuk mat-mat motor.tapi jangan risau, awek pun boleh beli.gua tak larang.boleh bagi balak lu orang.siyes balak lu orang akan sayang lu orang sampai mati.keh3.

jadi, kepada mat-mat motor yang boleh sesat baca blog underground gua ni, awek-awek kepada mat-mat motor, minah-minah rempit yang berkeliaran di sana-sini, balak-balak kepada minah-minah motor, gua nak persembahkan....

GIVI RAINCOAT

Front View

Rear View
BRAND NEW!! COMPLETE SET!!
(gua tak pernah pakai..masih dara)
Size: L
RM 90
masih boleh dirunding (harga kedai rm135..sumpah gua tak tipu!)


Sunday, April 17, 2011

nasib si perempit.

gua seorang penunggang motosikal.tapi gua bukan mat rempit.sebab apa? gua ni willi tak pandai, wikang tak  pandai, bawak moto sambil mencangkung tak boleh, sambil terlentang tak boleh, apatah lagi nak menyelit bawah lori.sejak gua menetap di bandar metropolitan ni, gua rasa motor adalah transport yang paling sesuai untuk gua.kesesakan kat KL ni dah macam lahanat.tak kira pemandu-pemandu celaka lagi.

gua berani cakap gua ni penungggang motosikal sejati sebab moto jela harta yang gua ada kat dunia ni.amalan akhirat tolak tepi.tu memang dah banyak.keh3.jadi kepada gadis-gadis yang nak usha gua tolong pikir 7-8 kali.gua tak ada apa-apa.sumpah tak ada! rupa tu adalah sikit.

masa gua buat entri ni gua kat opis lagi.jam menunjukkan pukul 830 malam.ujan.ini yang buat gua sakit hati gila babi.masuk hari ni saja dah 4 kali gua meredah ujan time balik umah.tapi gua redha.

ada satu kejadian yang buat gua bengang gila.superb punya bengang! time tu pukul 7 petang.biasanya masa ni gua dah ada kat rumah.tido.tak pun bermanja-manja dengan gitar gua.tapi gua masih kat opis.lepas 10 minit, gua perasan hujan dah segan nak turun.gua apa lagi, terus gua shoot Taman Melati.bawak bukan main slow untuk mengelakkan kebasahan.sampai satu selekoh kat LRT Sri Rampai, gua perasan ada lopak air.slow-slow gua mengelak.memang gua mencarut gila babi!

*****

faktap la! tau la lu bawak ALPHARD.hormat la sikit penunggang moto yang berhemah macam gua ni.sedap-sedap lu langgar lopak air.baju dengan seluar gua ni macam mana kira? sapa nak basuh? cibai.

p/s: nasib baik selama ni hujan time gua nak balik.kalau hujan time gua nak pergi keje, gua ingat nak angkat BMW 7 Series.

Friday, April 8, 2011

prinsip hidup!

bila hati dah berkenan..
Lisa Surihani pun gua tak pandang..
sumpah gua tak tipu!

Thursday, March 10, 2011

jaga selagi boleh jaga.

tadi gua naik LRT pegi Ampang Park.nak main futsal.gua terasa punggung gua ni macam berat je nak merempit atas MRR2.malam jumaat lak tu.baik gua naik LRT.boleh gak gua baca yassin.

nak dijadikan cerita, sampai kat Jelatek, sepasang suami isteri yang cacat penglihatan duduk sebelah gua.perasaan simpati gua mula timbul.gua hati gadis beb.jangan ingat gua ni ganas sangat.gua ni poyo ganas je.

gua letak umur pasangan ni dalam lingkungan 40-an.sebagai rakyat Malaysia yang berhemah, gua pun bertegur sapa.

"pakcik ngan makcik ni nak turun kat mana?"

"kami nak pergi KL Sentral.adik?"

"saya sampai Ampang Park je.jauh gak KL Sentral.pakcik ngan makcik ni nak pegi mana?" gua cari modal.

"takdelah jauh sangat pun dik.10 stesen je.LRT kan laju.adik dekat je kan? lagi 4 stesen sampai la.kami nak pegi Brickfield.nak balik rumah."

nak dijadikan cerita lagi, sampai Dato' Keramat, sorang mamat cina masuk.takde tangan.duduk depan gua.memang bertambah sayu la hati gua ni.terus gua insaf.lepas ni, kalau gua nampak maksiat, gua ingat nak letak tangan atas kepala.gua dah taknak letak dalam seluar.

***** 

moral of the story: bersyukur dengan kelebihan yang ada pada lu orang.jangan asyik mengeluh dan menyalahgunakan kelebihan-kelebihan yang ada.

so, kepada awek-awek berbaju kurung atau berkebaya, gua merayu sangat, jangan lalu depan gua.nanti gua turn on.gua tak layan awek tak cukup kain.nampak sangat miskin.


penulisan orang india.

hari ni gua buat kertas kerta untuk client.company dari india.tapi baru setengah jalan gua bantai kaw-kaw punya gelak.tengok gambarajah kat bawah untuk pemahaman yang jelas.

*No. = Number.

nampak tak apa yang gua nak sampaikan? boleh tahan lawak gak orang india ni sebenarnya.

p/s: sapa tak dapat tangkap apa yang gua nak sampaikan, lampi! (ayat ni gua tujukan kat seseorang, lu paham-paham sendiri la yek)

Wednesday, March 9, 2011

USED vs. LOVED

While a man was polishing his new car, his 4 years old son picked up a stone and scratched line on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times not realizing he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures.

When the child saw his father...with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'



The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions...sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'. The next day that man committed suicide...

Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life & remember this:



"THINGS ARE TO BE USED, PEOPLE ARE TO BE LOVED"


The problem in today's world is that people are used while things are loved.



Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.



*****

nanti bila gua dah ada anak, gua ingat nak kasi kereta untuk anak gua buat conteng.setakat kereta, apa ada hal.

p/s: ayat ni bukan gua yang tulis.kalau gua tak bagitau pun, gua rasa lu orang boleh agak.Hj Bahari forward email ni kat gua.

Tuesday, March 1, 2011

siapa pakcik kordi?

ramai orang tanya gua..
sapa Pakcik Kordi?
apa kaitan dengan lu?
best sangat ke Pakcik Kordi ni sampai nama syarikat pun lu letak Kordi Enterpise?

biasanya gua akan tanya balik..lu layan UJANG tak?
kalau tak, senang je gua reply..lu beli UJANG dulu baru gua explain.

MEET THE AWESOME PAKCIK KORDI AND HIS COOL COW.


NAMA SEPERTI DALAM I/C : Pakcik Kordi.
UMUR : Sweet 53.
STATUS : Single.
HAIWAN PELIHARAAN : Lembu Beliau.
HOBI : Bermanja bersama Lembu Beliau.
PEKERJAAN : Melepak bersama Lembu Beliau.
RAKAN SEPERJUANGAN : Tok Ketua / Umar.

*****

Pakcik Kordi adalah salah satu watak dalam komik kegemaran gua..UJANG.kalau lu orang baca lawak-lawak bangang yang cuba disampaikan oleh Papan, lembu beliau serupa gampang! perangai lembu beliau macam sial.HAHAHAHA! sumpah gua suka attitude lembu beliau! nak tau attitude lembu beliau? cari sendiri dalam UJANG! malas gua nak explain panjang-panjang.

satu lagi katun yang gua suka dalam UJANG adalah katak hidung macam serombong kapal lukisan Manggis.yang gua tak boleh tahan...katak tu diberi nama Ahmad Badruzzaman! HAHAHAHA! ni mesti kes pedajal member-member sendiri.konpem-konpem si Ahmad Badruzzaman ni manjang kene bahan dengan katak-katak lain. siap boleh sesat lagi dalam lubang hidung..pefak? HAHAHAHA! (gua google kartunis Manggis tapi tak jumpe wajah katak tu..takkan gua nak google Ahmad Badzruzzaman kot.)

banyak lagi katun-katun yang gua suka dalam UJANG ni..tapi katun lembu dan katak ni yang menjadi feveret gua.

tapi sejak akhir-akhir ni..gua sedikit kecewa dengan UJANG.komik ni dah hilang seri.dah tak kelakar.dah tak lawak.ade laa selai dua yang boleh buat gua gelak.tu pun gelak amek hati.tak berbaloi beli harga sampai RM5.90.bumper edition pun sampai RM9.90.baik gua baca lawak-lawak bodoh orang hantar kat surat kaba je.baru abes RM1.50 paling mahal pun.

dan yang paling mengecewakan gua.."Pakcik Kordi dan Lembu Beliau" dan "Katak Oh Katak" dah dihapuskan dalam UJANG.mungkin kehabisan idea.so, sekarang ni memang gua jarang beli UJANG.mungkin juga koleksi komik UJANG gua akan stop kat sini je.pehh! tak ke sedih tu?

generasi sekarang sudah hilang satu nikmat dunia.

p/s: sapa-sapa yang baca lawak "Pakcik Kordi dan Lembu Beliau" tapi tak menunjukkan ekspresi muka yang menarik..sila pegi jumpa doktor.kotak ketawa anda bermasalah.

*****

PEHAL TAK BOLEH TIDO NI?? KAN GUA DAH MENGARUT.MATA TOLONG JANGAN BUAT HAL.ESOK GUA ADA HAL.GILA!

Friday, February 25, 2011

kerja baru.

semalam gua dapat call.gua dapat offer keje.gua gembira.sebab keje ni memang gua nak kalau nak compare dengan keje gua sekarang.

tapi gua rasa serba salah nak tinggal keje lama gua.sebab apa? kat sini environment dah terbaik.ramai yang satu kepala.boleh mencarut sana sini tak tentu pasal.yang paling sayang gua nak tinggal awek-awek operation.ramai sial yang comel.kalau nak banding dengan awek-awek engineering memang jauh sekali.dah la 2 orang je.shit!

satu lagi sebab gua sayang nak tinggal keje lama gua.politeknik baru nak naik sebelah opis gua! macam mana gua nak tinggal keje lama dengan senang hati?

p/s: kepada awek-awek engineering, gua tak cakap lu orang tak menarik.lu orang pun mengancam gak.muka boleh tahan.cuma...

Tuesday, February 22, 2011

pandai tapi bangang.

biodata mamat A:
1) bajet stylo.
2) konon kacak.
3) bajet tinggi.
4) dikelilingi ramai gadis.
5) tidak disukai segelintir lelaki.
6) yang penting result gempak.
7) berkereta.
8) speak english in daily conversation.

biodata mamat B:
1) selekeh abis.perangai tak pernah senonoh.
2) tak berapa nak kacak.segak tu ada.
3) tinggi sikit daripada ketinggian gadis normal.boleh tahan la.
4) tidak dikelilingi gadis.
5) disayangi ramai lelaki.tapi bukan gay.
6) result cukup makan.tak bodoh.
7) bermotor sudah.
8) mencarut adalah hobi.

*****

mamat A.

interviewer: wow! your final result is quite impressive.so, tell me.what did you do during your internship?

mamat A: i learnt about some equipment in plant such as..bla..bla..bla.i know how to calculate the efficiency, the important part..bla..bla..bla..and sometimes supervised the contractor to the a certain works..bla..bla..bla.

interviewer: not bad.so when this equipments have problems, what did you do?

mamat A: actually i did not do the maintenance works because i am a training engineer so i work in office space.

interviewer: can i say that you are not learning anything and you are wasting 8 months of your life there?

mamat A: emmm..why? but you don't even look at my final year project.

interviewer: what does it matter to me?

mamat A: fak! (dalam hati)

mamat B.

interviewer: your result is cukup-cukup makan.i have a lot of candidates that have better result than you.so don't waste my time.how can you convince me that you should be hired in this company?

mamat B: i have a lot of technical experiences during my internship..bla..bla..bla..i joined the technician team to do the maintenance works..bla..bla..bla..i learnt how to overhaul the equipment..bla..bla..bla..

interviewer: so, let say that the efficiency of the equipment decrease.what did you do?

mamat B: for this type of equipment, there are a lot of problem that can affect the efficiency..bla..bla..bla..

interviewer: bila boleh start keje?

*****

moral of the story:
sesetengah orang pandai bukannya pandai sangat pun.gua ulang balik..SESETENGAH.


p/s: i can write in english also.my grammar is perfect! well...you know me.you and your result can go die! (lu dengan result lu boleh pegi mampos!)

Friday, February 18, 2011

perangai orang kita II

sejak dua menjak ni dah macam-macam perangai pelik manusia yang gua jumpa.gua isytiharkan minggu ni adalah minggu pelik untuk gua.ada yang buat gua menyampah, ada yang buat gua gelak, dan ada juga yang buat gua nak bagi siku.

*****

hari ni hari jumaat.semua kaum lelaki muslim diwajibkan ke masjid untuk bersembahyang jumaat.gua tidak terkecuali.macam biasa, dah azan baru gua melangkah masuk ke masjid.lepas amek wudhuk, gua cari port bawah kipas.port bawah kipas adalah penting untuk konsentrasi semasa pembacaan khutbah.baru la gua boleh fokus apa yang pak imam nak kasitau.

dalam masa 10 minit, gua dah start perasan suara tok imam sayup-sayup kedengaran.mendayu-dayu.gua dengar makin lama makin slow.gua apa lagi, terus gua pacak tangan gua bawah dagu.peluang macam ni bukan selalu gua dapat.keh3.

nak dijadikan cerita, baru gua nak lelap, tiba-tiba...

"AMIIIINNNN...."

mamat belakang gua bersuara.

*****

orang tua-tua cakap, sebelum tido kene basuh kaki dulu.baru setan tak kacau.tak mengigau.gua rasa mamat tadi tak basuh kaki kot sebelum tido.nasib baik 'amin' yang keluar.kalau mende lain.lu orang bayang la apa jadi.

p/s: gua harap time gua tido sebelum-sebelum ni, perangai gua sopan.

Thursday, February 17, 2011

sumpah gua rindu!

gua dah cuba tahan.
tapi gua tak mampu.

gua rindukan seseorang!
GILA!

Tuesday, February 15, 2011

perangai orang kita I

tadi gua naik LRT setelah sekian lama gua merempit.sebab apa? sebab arini gua rasa malas nak merempit.lagipun tempat yang gua nak tuju tu memang gua tak tau jalan.keh3.gua naik LRT dari Taman Melati sampai Dang Wangi.dalam pukul 1 tadi gua balik Taman Melati balik.

satu habit gua kalau naik LRT ni, gua suka berdiri.melainkan seat bersepah-sepah kosong.baru gua cari port sebelah awek.kalau setakat 2-3 seat kosong memang gua keras je berdiri.walaupun perjalanan mengambil masa 30 minit.nak buat macam mana.gua fit!

nak dijadikan cerita, tengah gua layan berdiri sebelah mamat hindu ni, gua terpandang sepasang couple lahanat.sebab apa lahanat? nanti gua cerita.diorang ni bukan main lagi berasmaradana depan gua.pegang sana.pegang sini.gelak sana.gelak sini.nasib baik tak jolok sana jolok sini.kalau tak memang straight gua bagi kaki.

sampai stesen Jelatek, adelah sorang wanita masuk.gua bajet umur dia baru awal 30-an.bawak anak dalam perut.gua rasa dalam 7 bulan.beliau tengok ramai orang dalam train, jadi beliau mengambil keputusan untuk berdiri.perasaan simpati gua mula muncul.tapi gua tengah berdiri, macam mana gua nak tolong.takkan gua nak jadi kerusi untuk si ibu ni kot?

sebab apa gua cakap couple tadi lahanat? si ibu yang mengandung tadi berdiri betul-betul depan couple tadi.yang gua tak tahan, couple tadi rilek je gelak-gelak macam orang gila.permainan mereka masih diteruskan.gua terpandang la muka si mamat couple ni.gua bagi hint bagi si ibu ni duduk.peh! dia punya pandang gua memang macam celaka.sumpah celaka! masyarakat sekeliling tengok mamat ni.tapi die bantai buat bodoh.tak ke lahanat tu? lahanat tahap hanjeng!

akhirnya ada laa sorang makcik berbangsa cina offer seat kat si ibu ni.lega sikit hati gua.takde laa gua kene jadi kerusi.tapi perasaan marah gua kat mamat tadi sumpah tak hilang lagi.untuk pengetahuan lu orang, pasangan couple tadi orang MELAYU kita beb! ORANG MELAYU! makan pakai tangan.berak basuh.bangun pagi mandi.sambut hari raya.puasa gua tak berapa pasti.bodoh.memalukan kaum.fakk!

p/s: gua harap mamat celaka tadi baca blog gua.meh gua nak tarbiyah sikit.kalau lu tak ikhlas pun, apa salahnya tunjuk perangai baik kat depan awek lu.prihatin la sikit bro.orang lain ada awek gak.orang lain pun ada nafsu.jangan jadi BANGANG macam lembu boleh tak?

Monday, February 14, 2011

healthy lifestyle.

entri ni gua da tulis 2-3 minggu lepas.entri ini akan di update.

*****

gua seorang perokok.ada gua kisah.tapi sejak akhir-akhir ni gua tak tau sebab apa.gua macam dapat hidayah.tiba-tiba gua rasa yang gua perlu stop buat mende ni.sebab apa jangan tanya.gua rasa dah sampai masa untuk gua berubah.ini bukan ayat pancing bakal mak mertua gua.sumpah bukan!

so, dengan nekad gua angkat E-Cigarette.harga memang gua tolak tepi.rm310 beb.boleh angkat levi's ori selai.untuk pengetahuan lu orang, E-Cigarette ni adalah short form untuk Electronic Cigarette.atau dalam bahasa ibunda, rokok elektronik.gua dapat tau pasal mende alah ni sebab member gua dah pakai menatang ni.



macam mana mende ni berfungsi jangan tanya gua.malas gua nak terang.lu orang tengok sendiri gambar kat bawah ni.ape yang gua tau, mende ni tak bahaya macam rokok.asap yang lu orang nampak kuar dari mende ni adalah wap air.bahan kimia yang ada pun hanya nikotin semata-mata.tu pun dalam kuantiti yang sikit.karbon monoksida, tar, tembakau dan haram jadah yang lain memang 100% takde.


satu lagi, dari segi kewangan.kesihatan kita tolak tepi.sah-sah la rokok membawa maut.lagi mau citer.lu orang bayangkan,rokok sekotak rm10.gua berani jamin yang perokok-perokok macam gua paling lama tahan pun sehari sekotak.kalo sebulan dah rm300.setahun? rm3600! gila! baik gua buat bayar kete bulan-bulan daripada gua sedekah duit kat kerajaan.

apa yang buat gua berkenan sangat dengan mende alah ni sebab ada flavor.ikut lu orang mau flavor apa.dunhill ada.marlboro ada.mint ada.coffee ada.strawberry pun ada.ikut mood lu orang.gua biasa amik marlboro.dunhill rasa macam gampang.marlboro pun sebenarnya boleh tahan gak kegampangan dia tapi still boleh diterima peparu gua.kalau lu orang nak rilek-rilek sikit, tibai strawberry.rasa manis-manis gitu.boleh buat dessert lepas makan.

gua test rokok ni baru 2-3 ari.mula-mula tu memang susah gua nak adapt.first day,lepas makan memang gua tibai winston.kah3.tak boleh tahan beb! tapi arini gua berbangga dengan diri gua.gua tak sentuh pun winston! pergh! satu pencapaian yang agak memberangsangkan.gua rasa lepas ni memang peparu gua sayang gua gila babi.


kepada sapa-sapa berminat nak jadi macam gua,boleh klik SINI. kat sini semua detail yang lu orang nak tau ada.

p/s: doakan gua berjaya dalam misi gua kali ni.aminn.


Friday, January 28, 2011

website satu aneyyy!

gua sebagai pemegang mohor-mohor diraja untuk bahagian makanan kesihatan...
dengan ini meng'istihar'kan...
telah selamat di terbitkan di alam maya!

sapa-sapa rasa dia cool sila klik SINI.

website hensem gua ni tak siap betul-betul lagi.
order form gua tak masukkan lagi.
header dengan footer gua tak edit lagi.
gamba serunding pun gua pakai kamera henset gua je.
(lepas gua menang tender pembekal serunding dekat myanmar..gua ingat nak angkat DSLR satu.)

semenjak dua menjak ni gua sibuk sikit dengan hal duniawi.
takde masa nak layan website gua.
fesbuk durjana lagi la gua malas nak layan.

so, sapa-sapa nak order boleh hantar email or sms gua.
klik SINI untuk detail.
terima kasih!


*****

p/s: betul ke gua eja 'istihar' tu? gua dah tak ingat nak eja 'istihar' macam mane.kih3.